Spektakuler dan tidak terkalahkan! Itu lah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan kehebatan seorang diva terulung bernama Ziana Zain menerusi kejayaan Ziana Zain Konsert 2024 yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, baru-baru ini. Ziana Zain Konsert 2024 yang dihadiri 5,000 penonton bukan sekadar persembahan atau konsert, tetapi ibarat sebuah perjalanan seni pemilik nama Siti Roziana Zain yang penuh memori, kisah suka dan duka. Meskipun kali terakhir menganjurkan konsert berskala besar 21 tahun lalu, ternyata Ziana masih berbisa dan mempunyai kelas tersendiri dengan gaya nyanyian yang memakau terus menusuk ke kalbu penonton. Ziana yang ditemui usai konsert yang dibawakan oleh CSA Academy itu berkata dia bersyukur segalanya dipermudahkan selain berasa puas dapat menghiburkan kelab peminat kesayangannya, Ziana Folks. "Alhamdulillah, walaupun bukan mudah untuk jayakan konsert di usia 56 tahun, namun saya bersyukur. Hampir seminggu saya tidak tidur malam memikirkan tentang konsert." "Apa pun Allah makbulkan doa saya, semoga semuanya terhibur dan terima kasih kepada penonton terutama kelab peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang saya." Dua jam konsert berlangsung bagaikan tidak terasa menonton persembahan pemenang tempat pertama pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan pada 1995 itu dibawah pimpinan pengarah muzik, Aubrey Suwito. OhBulan! berkesempatan menjadi saksi kepada satu lagi kejayaan yang berjaya dicatat dalam kerjaya seni ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu, jom recap persembahan Ziana di Ziana Zain Konsert 2024. Sewaktu tirai konsert dibuka dengan lagu rancak berjudul Ada Suara Ada Cinta, Ziana berdepan masalah ear monitor yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun dengan sikap profesional, Ziana kekal tenang mengawal situasi tersebut. Sepanjang konsert, Ziana telah menyampaikan 20 buah untaian lagu hits miliknya yang sentiasa menjadi siualan peminat dari dahulu hingga kini. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Tiada Kepastian, Kasih Ku Pertahankan, Anggapanmu, Senja Nan Merah, Setiaku Di Sini, Kekal, Bersama Akhirnya, Setiaku Di Sini, Berpisah Jua, Madah Berhelah dan banyak lagi. Ziana juga sudi dan terbuka berkongsi kisah peribadi yang penuh suka dan duka sepanjang bergelar anak seni kepada penonton termasuk menceritakan pembabitan awalnya menjadi pelakon selepas dilamar oleh pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam. Penonton juga disajikan di skrin besar yang memaparkan pencapaian Ziana sepanjang menjadi penyanyi, anugerah yang diterima dan klip-klip filem lakonannya. Dalam selingan persembahan, ada ketika Ziana mengalirkan air mata menceritakan mengenai pengorbanan ibu bapanya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. Berlaku juga satu momen indah di mana bapa Ziana membuat panggilan video secara langsung untuk memastikan anaknya dalam keadaan baik. Ziana kelihatan anggun menggayakan tiga busana mewah rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini, Datuk Rizalman dan Ezuwan Ismail. Turut kelihatan beberapa rakan artis yang hadir memberikan sokongan iaitu Ernie Zakri, Syamel, Anuar Zain, Rozita Che Wan, Erra Fazira, Hael Husaini dan ramai lagi. Ketika persembahan lagu Berpisah Jua, penonton memberikan ‘standing ovation’ kepada Ziana kerana persembahan tersebut bikin merinding bulu roma. Malah, dalam lagu itu, Ziana masih mampu ‘hold’ notasi panjang. Memang hebat! Manakala, ketika lagu Senja Nan Merah dinyanyikan, Ziana meminta penonton menyanyikan bahagian rakan duetnya iaitu Datuk Awie. Sewaktu momen ini berlaku, seluruh dewan bergema. Di akhir konsert, Ziana memgumumkan berita gembira apabila dia bakal menganjurkan konsert di Singapura pada 28 September ini. Sumber : OhBulan |
scarflicious replied at 29-5-2024 06:59 PM
Jadi umur kak ziana sebaya dgn mak neelofa?
galleria23 replied at 29-5-2024 07:06 PM
Serious r… tini peti ais tu nampak rupa nenek2 sangat. Zz ni nampak akak2 jek.
imransulaiman replied at 28-5-2024 11:10 PM
Dia lahir 1968??? Ingatkan 1970!
jihyomelly replied at 29-5-2024 09:27 PM
jauh nau beza acik jenna dgn tini petiais..jenna nampak muda belia acik tini hmmmm apa nak kata an ...
bedahmenjuyah replied at 29-5-2024 11:12 PM
Kak jena anak 4 agak ramai juga. Maybe disiplin as stewardess tu kak jena maintain cun dan awet mu ...
jihyomelly replied at 29-5-2024 09:27 PM
jauh nau beza acik jenna dgn tini petiais..jenna nampak muda belia acik tini hmmmm apa nak kata an ...
ADVERTISEMENT