Di Facebook, peguam syarie dan konsultan perundangan Islam, Fahmi Ramli berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang baru mendapat tahu isteri tiada ‘dara’ di malam pertama pernikahan mereka. Kongsi lelaki itu, mereka berkenalan selepas bertunang selama lima bulan sebelum mengambil keputusan untuk nikah. Lelaki berkenaan meluahkan rasa terkejut dan gusar sama ada tindakan dia berkahwin adalah satu kesalahan. Dia juga bertanyakan pandangan Fahmi Ramli selaku peguam syarie mengenai isu yang sedang digusarkan itu. Peguam memberi pandangan dari sudut Fiqh dan undang-undang. Ibn Qudamah di dalam Kitab Al-Mughni ada menjelaskan status seorang gadis yang kehilangan dara berdasarkan tiga sebab berikut;
Bagaimana pula jika seorang wanita itu hilang dara kerana persetubuhan secara sedar? Dara atau janda? Ini jawapannya. Dari sudut undang-undang pula, Seksyen 2 (1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 menjelaskan bahawa anak dara ditafsirkan sebagai perempuan yang belum pernah bersetubuh sama ada sudah berkahwin atau belum. Janda pula ditafsirkan sebagai perempuan yang telah bernikah dan telah diceraikan setelah bersetubuh. Dalam kes ini, peguam menyimpulkan setiap perkahwinan perlu ada kejujuran. Pihak yang lain pula perlu menerima dengan ikhlas. Baginya, soal dara atau tidak adalah satu perkara yang sukar untuk ditentukan tambahan pula jika wanita itu aktif bersukan. Nasihat peguam lagi, janganlah disebabkan itu tersebut, seorang suami mudah menceraikan isteri. Sebaiknya pasangan duduk berbincang dan belajar untuk memaafkan kesalahan masing-masing. Kredit: Facebook Fahmi Ramli/OhMedia |
sharlenetexas replied at 28-5-2024 11:37 PM
Lelaki tu ada teruna ke?
duri_durians replied at 29-5-2024 08:25 AM
aku p hosp emergency sakit org pmpuan doc tnya aku berulang kali ada bf ke pernah 'have sex' ke. dal ...
cmf_almondpecan replied at 29-5-2024 08:45 AM
Saman saja doktor tu atau cakap kat dia suruh tarik balik dan minta maaf time tu juga sebab memang ...
copy_paste replied at 29-5-2024 09:19 AM
kalau lelaki xde pengalaman xdenye tahu ada dara ke x
Gianna111 replied at 29-5-2024 09:33 AM
banyak yang cakap macam ni di FB dan banyak jantan tak dapat terima kenyataan. tambah tambah lagi ...
duri_durians replied at 29-5-2024 09:09 AM
masa tu bodo lagi. kejadian pun dah 10 tahun lepas.
tapi masih teringat. geram la sbb dia duk tnya ...
copy_paste replied at 29-5-2024 09:19 AM
kalau lelaki xde pengalaman xdenye tahu ada dara ke x
duri_durians replied at 29-5-2024 08:25 AM
aku p hosp emergency sakit org pmpuan doc tnya aku berulang kali ada bf ke pernah 'have sex' ke. dal ...