Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihatkan pelajar yang mendapat keputusan kurang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar tidak berputus asa meneruskan kehidupan. Menurut pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, mendapat keputusan yang teruk sememangnya satu perkara tidak menggembirakan namun tak seharusnya menjadi titik noktah untuk terus berusaha menjadi individu lebih baik. “Kepada sesiapa yang dapat keputusan teruk, saya juga salah seorang yang pernah dapat keputusan kurang baik untuk SP “SPM memang satu benda penting tapi bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan untuk bangkit dan jangan ‘tidur’ terus,” katanya dalam siaran langsung Instagram. Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo itu menyeru agar pelajar yang tidak bernasib baik dalam pelajaran sentiasa rajin untuk mengubah kehidupan sedia ada. “Siapa yang dapat (keputusan) kurang baik seperti saya dulu, saya tak pandai. Saya jaga parking pun pernah.
“Kuatlah berusaha, mula dari bawah pun tak mengapa. Jangan jadi bodoh dan pemalas. “Paling penting kalau 700A sekali pun, kalau anda pemalas, tak guna. Walau dapat 7E sekali pun, kalau usaha cari duit, akan menjadi,” ujarnya. Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Sumber – KOSMO! ONLINE |
hyie replied at 29-5-2024 01:38 AM
heshe punya spm dulu dapat apa sis? takde ke porumer yang satu sekolah dengan heshe...cer spill tea ...
aemon replied at 28-5-2024 09:39 PM
Mengata diri sendiri ke?elok2 kerja engineer ko berhenti then jadi pelakon x mampu tanggung nafkah b ...
ADVERTISEMENT