CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana bersyukur keamanan dinikmati negara - "Kalau tengok keadaan di Syria, sama sahaja seperti di Palestin"

27-5-2024 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14517| Komen: 5


"Kalau tengok keadaan di Syria, sama sahaja seperti di Palestin. 

"Bila saya bersama Cinta Syria Malaysia sampai di sana, saya nampak kehidupan mereka sangat susah," kata penyanyi Zizi Kirana ketika diminta mengulas misi kemanusiaan ke Syria yang disertainya pada Ramadan lalu.

Kata Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil, 39, misi kemanusiaan selama lima hari ke Syria buat kali pertama itu banyak membuka matanya untuk lebih bersyukur dengan keamanan yang dikecapi di negara ini.

"Kita kurang tahu keadaan di Syria kerana mereka tidak mendapat banyak pendedahan kerana banyak berita disekat.

"Bila saya dan pasukan Cinta Syria Malaysia sampai di sana, kami mendapati mereka tinggal dalam khemah kecil dengan keadaan tilam lusuh dan tiada bantal. 

"Paling sedih, mereka menjemur roti dan nasi serta keringkan di bawah cahaya matahari supaya tidak berkulat dan basi dan boleh dimakan berkali-kali," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di majlis bacaan Yassin dan pelancaran Tabung Bersamamu Rafah 2024 di sini, baru-baru ini.


Kata Zizi lagi, kehidupan rakyat Syria juga jauh berbeza dengan kita di sini.

"Kita di sini makan sedap-sedap, bila tak habis, buang begitu sahaja.

"Mereka di sana pula sangat menghargai makanan. Walaupun hidup susah, mereka gembira dan tidak meminta-minta," katanya yang mendapat kebenaran suami, pelakon Yusuf Bahrin untuk menyertai misi kemanusiaan berkenaan.

Sementara itu, mengenai jenama pro-Israel pula, kata Zizi, dia tidak lagi memakai jenama terbabit dan sudah beralih kepada produk tempatan.

"Saya juga sudah bertukar barangan seperti pencuci muka dan alat solek kepada produk tempatan.

"Saya juga tidak lagi minum Milo yang juga minuman kegemaran dulu. Saya juga beritahu suami, tak mati pun kalau tak minum.

"Kita lakukan semampu boleh.Jangan beli barangan yang menyalurkan pendapatan kepada mereka. Usaha ini mungkin nampak kecil tapi Insya-Allah, akan menjadi saksi di akhirat nanti,"katanya yang terbabit dalam lagu Bersamamu Rafah.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 27-5-2024 10:54 PM
Apsal gambar dia kat atas tu seram weii?
Mcm hantu Yindon
Quote hokeypokey 28-5-2024 01:28 AM
diam la zizik
Quote Mary_jane 28-5-2024 04:17 PM
Zizi looks sexy juga dalam thss meski dah tutup habis. Ke mata i dah kero?
Quote naina 28-5-2024 04:21 PM
Teringat sorang influenza kekyah tu kawen dengan orang Syiria. Laki dia tu dimanjahh dimewahkan hidup sini..holiday sana sini..tapi masih xboleh balik Syiria jumpa family sebab dia lari dari medan perang/tak nak jadi tentera.Nak balik kena denda puluh K baru lepas masuk.
Quote pakwetizzaqyah 29-5-2024 11:17 PM
alhamdulillah... saya suka rumah saya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.345724 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top