CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Andrew Sia jalani rawatan, polis belum ambil keterangannya

27-5-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12978| Komen: 12


Kuala Lumpur: Polis belum merakam keterangan kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem 'apartheid'.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 57 tahun terbabit dilaporkan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Polis belum dapat mengambil keterangannya kerana dia kini mendapat rawatan selepas pembedahan kaki akibat jangkitan kuman sejak 2 April lalu.

"Namun, polis akan mengambil keterangan pihak sebuah portal berita kira-kira 10 pagi esok," katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 60 laporan diterima berhubung penulisan itu yang mana penambahan 22 laporan daripada 28 laporan sebelum ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis membuka kertas siasatan ke atas Andrew berhubung penulisannya yang mendakwa UiTM mengamalkan sistem 'apartheid'.


Siasatan dibuat selepas polis menerima 14 laporan membabitkan isu terbabit di seluruh negara.

Laporan pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Lelaki terbabit menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal ketika berada di sebuah hotel.

Individu bernama Andrew Sia memberi komen berkenaan protes oleh pelajar Bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputera yang diterima masuk bagi jurusan cardiothoracic surgery di UiTM.

Semakan mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei lalu di laman portal berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Sumber ; Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnauld 27-5-2024 10:54 PM
Edited by arnauld at 27-5-2024 11:01 PM

Dia mmg bedah kaki tapi nanti dia akan dpt kad oku.
Quote Firenzza 27-5-2024 11:41 PM
Amik stamnt kt spital x blh ke?
Quote fattymah 28-5-2024 12:32 AM
Kaki yg sakit bukan mulut.. haish..
Quote Firenzza 28-5-2024 08:58 AM
Kira tunggu & lihat kesudahan kes......takut jd mcm kes apek hina kalimah tuhan ujong2 lepas bebas dgn alasan dia x tau kalimah tu x blh hina....
Quote mojarean_X 28-5-2024 10:40 AM
Alah byk kes dh lps atau nfa. Sikit pun iols x caya gomen madanon nk dakwa dia ni. Yg tauke kedai jual stoking tu siap ikut rombongan lg
Quote cmf_almondpecan 28-5-2024 10:43 AM
arnauld replied at 27-5-2024 10:54 PM
Dia mmg bedah kaki tapi nanti dia akan dpt kad oku.

OKU kaki tak sah la kot untuk kesalahan berkaitan kapasiti mental ni.
Quote Gunama 28-5-2024 10:44 AM
Dan2 sakit. Dulu kini & selamanyerrrr
Quote Decaffeinated 28-5-2024 02:24 PM
mojarean_X replied at 28-5-2024 10:40 AM
Alah byk kes dh lps atau nfa. Sikit pun iols x caya gomen madanon nk dakwa dia ni. Yg tauke kedai ju ...

Kalau camtu apa kata suruh polis dunia siasat?

Quote Decaffeinated 28-5-2024 02:30 PM
Firenzza replied at 27-5-2024 11:41 PM
Amik stamnt kt spital x blh ke?

Kes tak urgent.

Quote Skuau 28-5-2024 02:53 PM
Edited by Skuau at 28-5-2024 02:57 PM

Atas DASAR PERPADUAN..tak perlu amik apa2 pon...dia bukannya Melayu,bumiputera,b40 penagih tak sekolah....dia ckp pon dasar kebebasan bersuara yg diperjuangkan parti pemerintah.
Quote Skuau 28-5-2024 02:58 PM
Edited by Skuau at 28-5-2024 03:01 PM
Firenzza replied at 27-5-2024 11:41 PM
Amik stamnt kt spital x blh ke?


Tak ada keperluan mendesak...
#bukanNusiPung@3am.........
Quote Firenzza 28-5-2024 04:37 PM
Decaffeinated replied at 28-5-2024 02:30 PM
Kes tak urgent.

Yg ketuk pintu hotel 3 pg pun x urgent jg kot

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.033912 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top