London: Seorang penunggang kuda profesional maut selepas terjatuh dalam insiden ngeri ketika beraksi dalam acara ekuestrian. Georgie Campbell, 36 tahun, sedang bertanding dalam pertandingan di Devon, UK semalam apabila dia menghadapi masalah dengan kudanya, Global Quest, laporan The Sun. Pakar perubatan cuba memberi rawatan kepada Georgie tetapi malangnya dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Atlet berbakat itu mewakili Great Britain adalah juara enam kali kejohanan berkenaan. Kuda Georgie bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tragedi di The Bicton International Horse Trials itu. Badan induk British Eventing berkata dalam satu kenyataan: "Dengan rasa dukacita yang mendalam kami mengumumkan bahawa Georgie Campbell (GBR) meninggal dunia semasa bertanding di kejohanan The Bicton International Horse Trials, England, semalam.
"Pegawai perubatan profesional cuba memberi rawatan segera selepas dia terjatuh di pagar 5b, namun malangnya dia tidak dapat diselamatkan. "Kuda itu, Global Quest, turut menjalani pemeriksaan oleh doktor haiwan di lokasi dan berjalan kembali ke kandang dan tidak cedera. Georgie berkahwin dengan atlet New Zealand yang juga seorang Olimpian yang beraksi di Olimpik Tokyo, Jesse Campbell. Sumber : Harian Metro |
hokeypokey replied at 28-5-2024 01:29 AM
hmm takziah.. nasib baik kaya so tak kesian sgt
green~tea replied at 28-5-2024 09:27 AM
Kaya tp dah mati buat apa.. tetaplah keliling dia yg benefit
supernaturalee replied at 28-5-2024 08:30 AM
owh
georgie tu yg perempuan
midori888 replied at 28-5-2024 06:14 PM
Kat mana ntah meols terbaca or terdgr ckp biasanyer kita akan mati buat apa yg kita suka. Tgk dia ni ...
midori888 replied at 28-5-2024 06:14 PM
Kat mana ntah meols terbaca or terdgr ckp biasanyer kita akan mati buat apa yg kita suka. Tgk dia ni ...
sukacactus replied at 28-5-2024 10:15 PM
Itu laaa...georgie tu nama gender neutral
Lps tu tgk pasangan dia plak nama jesse, tp ada gak pomp ...
ADVERTISEMENT