CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Fatimah ‘The Family UK’ Mengalami Pendarahan & Semakin Lemah, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

27-5-2024 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7672| Komen: 20


Tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah ‘The Family UK’ dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.

Ibu kepada Fatimah, iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini sudah memasuki hari kelapan berada di hospital itu masih lagi mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lalu. Tambahnya lagi, dia turut memohon doa orang ramai untuk mendoakan kesembuhan puteri kesayangannya itu.

“Bismillahirrahmanirrahim…pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.


Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas. Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas.”-kongsi Ibu Fatimah

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta selebriti termasuklah Fazlina Ahmad Daud, Catriona Ross, Datin Nina Juren dan ramai lagi dilihat membanjiri ruangan komen dengan menitipkan doa buat Fatimah, malah ramai yang memberikan kata-kata semangat buat keluarga ini agar diberikan kekuatan menghadapi ujian.

“Moga Allah Taala angkat segala sakit Fatimah binti Omar & diganti dengan kesembuhan dan kesihatan. Syafakillah Fatimah. So many are praying for your recovery.”-Catriona Ross

“Ya Rabb.. berikan kesembuhan sepenuhnya dengan segera buat Fatimah. Kurniakan kesihatan sihat walafiat dan kehidupan sentiasa dalam redhoMu. Aamiin Allahuma Aamiin.”-Datin Seri Umie Aida

“Allahuma, sembuhkan lah Fatimah Binti Omar. Berikan dia dan Keluarga kekuatan dan semangat Dalam menjalani dugaan ini Ya Allah. Aamiin

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maharani_gebu 27-5-2024 03:52 PM
Bukan ke mak dia dah update yang pendarahan dah stop. Katanya bila Doc decided nak tidurkan fatimah ni tetiba drah stop serta merta...
Quote bbalik 27-5-2024 03:56 PM
sakit apa adik ni...
pakcik dia dulu pun meninggal awal kan sbb sakit.. yg masterchef selebriti tu
Quote ketambangkang 27-5-2024 04:11 PM
maharani_gebu replied at 27-5-2024 03:52 PM
Bukan ke mak dia dah update yang pendarahan dah stop. Katanya bila Doc decided nak tidurkan fatimah  ...

ye betul..update 2 hari lps
Quote Omai 27-5-2024 04:13 PM
budak ni sebenar nya sakit ape?
Quote mrsbob87 27-5-2024 04:16 PM
iolss sus luekimia...
btw tak penah tengok family side dad uk kan...
heboh side mom je......
Quote mrsbob87 27-5-2024 04:16 PM
Omai replied at 27-5-2024 04:13 PM
budak ni sebenar nya sakit ape?

iolss sus luekimia...
btw tak penah tengok family side dad uk kan...
heboh side mom je......
Quote Omai 27-5-2024 04:22 PM
mrsbob87 replied at 27-5-2024 04:16 PM
iolss sus luekimia...
btw tak penah tengok family side dad uk kan...
heboh side mom je......

kesian kau dek timah. mak dia ni la kan sepupu hajah?
Quote sharlenetexas 27-5-2024 04:55 PM
Semoga dipermudahkan urusan.


Quote cap_ayam 27-5-2024 05:07 PM
Get well soon insyaAllah
Quote monreyes 27-5-2024 05:56 PM
mak dia pun sakit kan...btw aku x gemar orang gebang masuk hospital sakit itu ini..bila org tanya..krik krik...baek toksah citer at the first place..tapi hati nurani tetap nak mencapub...
Quote Kitty_catz 27-5-2024 06:09 PM
ni kan dah ada bebenang kat bod gossip ke mana tu

yg bukak lagi kat CI nak buat haper? most tak kenai pun the family UK nehhh
Quote Sazreena 28-5-2024 03:46 PM
Tutup je la..
Quote jazaa100 28-5-2024 06:35 PM
Smlm aku baca kata dah ok....
Quote white_musk 28-5-2024 06:45 PM
Sapo dak temah ni?
Quote Acik2kepam 28-5-2024 08:14 PM
Edited by Acik2kepam at 28-5-2024 08:16 PM
monreyes replied at 27-5-2024 05:56 PM
mak dia pun sakit kan...btw aku x gemar orang gebang masuk hospital sakit itu ini..bila org tanya..k ...


Sama akak pun tak suka
Bg akak jenis ni suka mencari perhatian
Sama mcm update org meninggal tak bgtau detail
Padahal tahu je kan mesti akan ada yg tanya
Knp meninggal? Hari apa meninggal?di mana meninggal?
Kalau beranak pun sama, mesti akan ada yg tanya jantina, berat dan cara lahir normal ke bedah.

Toksah buat org tertanya2 kalau tak baik takyah update apa2 yg mengundang.
Quote green~tea 28-5-2024 08:25 PM
Who is this fatimah? Kenapa viral sangat pasal dia ni

Anak fazura fatimah tu aku tau lah
Quote monreyes 28-5-2024 08:51 PM
Acik2kepam replied at 28-5-2024 08:14 PM
Sama akak pun tak suka
Bg akak jenis ni suka mencari perhatian
Sama mcm update org meninggal tak b ...

citer tu biar abes...
xde lah org tertanya2...
dulu2 aku folo..
pastu lain mcm mak dia ni suka cari gado dgn netizen..
aura negative dia kuat sangat...
ujung2 kau mohon doa netizen juga...
Quote cmf_premierleag 28-5-2024 09:00 PM
Geng2 paki celup ni mesti perasan british kokesen khueenz...dia ingat sume melayu nk sembah berkiblatkan UK ke?
Meleis totok je yg kagum dgn UK london sume tu
Quote L.U.S.M 29-5-2024 07:37 AM
Ala setakat pernah viral kecek klate but living in the UK je pun...bkn ade pape yg significant pun...Itu pun dh dpt gelaran personality media social..alahai...mudah sgttt

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.522608 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top