CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Elak ditindas majikan, ambil tahu hak anda sebagai pekerja... Lapor jika buat ‘overtime’ tapi tak bayar!

27-5-2024 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3424| Komen: 18


MENDAPAT pekerjaan yang baik, dikurniakan pula majikan serta rakan sekerja yang sekepala serta bertimbang rasa merupakan salah satu bentuk rezeki yang wajar disyukuri.

Namun rezeki setiap individu berbeza-beza.

Ada yang berdepan dengan persekitaran kerja serta majikan yang toksik sehingga membuatkan seseorang pekerja terpaksa 'angkat kaki'.

Walau apa jua cabaran yang dihadapi di tempat kerja, ingatlah setiap individu mempunyai hak sebagai seorang pekerja dan jangan biarkan hak anda ditindas sewenang-wenangnya.

Berikut adalah hak-hak pekerja yang patut anda ambil tahu:

1) Pampasan pemberhentian kerja

- Menurut portal Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), pampasan atau faedah penamatan boleh dituntut sekiranya pekerja yang diberhentikan dilindungi dibawah Akta Kerja 1955 atau Perjanjian Bersama (Collective Agreement).


Secara amnya, pekerja tersebut layak menuntut faedah-faedah statutori seperti gaji ganti notis, faedah penamatan kerja, bayaran baki cuti tahunan dan baki gaji (sekiranya ada).

Pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran bagi mendapatkan penerangan terperinci.

2) Gaji ganti notis

Apabila pekerja diberhentikan, gaji rugi notis adalah hak yang seharusnya diberikan mengikut tempoh perkhidmatan. Ini termasuk sebulan gaji untuk tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun, 2 bulan untuk 2 hingga 5 tahun, dan 3 bulan untuk lebih dari 5 tahun.

3) Cuti bersalin

Pada Seksyen 37 (Akta Kerja 1955) ada mengatakan bahawa setiap pekerja wanita berhak dapat cuti bersalin untuk tempoh 98 hari berturut-turut dan tertakluk pada Bahagian ini, pekerja itu berhak menerima daripada majikannya elaun bersalin yang dikira atau ditetapkan.

4) Gaji minimum

Gaji minimum adalah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja dan selain majikan yang menjalankan aktiviti profesional (MASCO), kadar gaji bulanan untuk pekerja adalah tidak kurang daripada RM1,500.


5) Cuti tahunan berbayar

Setiap pekerja layak mendapat cuti tahunan. Bilangan hari cuti tahunan bergantung kepada tempoh perkhidmatan, iaitu:

- 8 hari untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun

- 12 hari untuk pekerja yang genap 2 tahun bekerja dengan majikan, tetapi kurang dari 5 tahun

- 16 hari untuk perkhidmatan melebihi 5 tahun atau lebih.

6) Cuti sakit (MC) berbayar

Sekiranya anda jatuh sakit, anda layak mendapat cuti bergaji. Menurut Seksyen 6F, Akta Pekerja 1955, pekerja berhak menerima cuti sakit seperti tertera di bawah:

- 14 hari bagi perkhidmatan kurang 2 tahun

- 18 hari bagi perkhidmatan genap 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun

- 22 hari bagi perkhidmatan 5 tahun dan lebih

Sebagai tambahan, jika pekerja memerlukan rawatan di hospital, dia berhak mendapat cuti bergaji tidak melebihi 60 hari.


7) Kerja lebih masa (overtime) berbayar

Overtime adalah hak pekerja, dan bayarannya perlu setimpal:

- OT pada hari biasa 1.5x/perjam

- OT pada hari cuti biasa 2x/perjam

- OT pada Hari Kelepasan Am 3x/perjam

8) Gaji dibayar tepat pada waktunya

Penerimaan gaji adalah hak asas pekerja. Menurut undang-undang, majikan perlu membayar gaji paling lewat 7 hari selepas hari gaji. Ini adalah hak yang perlu dipertahankan.

9) Waktu bekerja yang adil

Sebagai pekerja, anda mempunyai hak untuk bekerja maksimum 45 jam seminggu tanpa mengira waktu rehat. Ini penting untuk memastikan keseimbangan kerja dan hayat yang sihat.

10) Waktu kerja wanita di sektor tertentu

Pekerja wanita di sektor pertanian atau perusahaan tidak boleh bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 27-5-2024 03:57 PM
Apa mau susah-susah? Ambil saja bangla nepal rohingya.
Quote Skuau 27-5-2024 04:21 PM
"Apa??...ini macam ka...lagi baik wa angkat manggala,indon,myanmar,nepal...GOMEN PUN KASI MAAAAA......"-Tauke Lor
Quote Omai 27-5-2024 04:21 PM
ha. ok.
Quote bedahmenjuyah 27-5-2024 04:54 PM
Yang last tu dah dimansuhkan. Waktu kerja wanita sama dgn pekerja lelaki. Womens' right tersenyum sinis.
Quote lo_la 27-5-2024 07:48 PM
Some companies, non exec je dapat claim OT
Quote green~tea 27-5-2024 07:49 PM
lo_la replied at 27-5-2024 07:48 PM
Some companies, non exec je dapat claim OT

Usually mmg non execs je dpt claim OT.. as per labor law tu.. execs ada handbook lain
Quote lo_la 27-5-2024 07:52 PM
green~tea replied at 27-5-2024 07:49 PM
Usually mmg non execs je dpt claim OT.. as per labor law tu.. execs ada handbook lain

Kan…
Quote mast3rshad0w 27-5-2024 10:04 PM


perkara 5,7,8,9 byk berlaku dlm korporat2 besar
terutama property hospitality...
dari manager ke atas dan hr department, mcm xde kuasa
sepet bukit makin melampau di Mesia ni
depa rasa masing2 diri tu mcm raja dah...
mmm....
Quote ninja boy 27-5-2024 10:44 PM
Hujung2 org yg bunuh diri adalah org kaya kereta mewah hidup lengkap taw
Quote fazamania 27-5-2024 10:54 PM
Aku keje 12 jam...tak boleh claim OT tapi claim mileage. Adakah boleh report company aku ni? Risau plak takut diberhentikan keje
Quote fattymah 28-5-2024 12:30 AM
Tak boleh kijo direct lebih daripada 12 jam pun kan.. seminggu kena cuti sehari
Hakikatnya..  nasib la kilang tu dah katup
Quote Neno90 29-5-2024 03:53 PM
Bila stress bekerja, kita perlu cuti utk berehat and dan yg penting masa bersama dengan family
Quote A-Are 29-5-2024 03:55 PM
lo_la replied at 27-5-2024 07:48 PM
Some companies, non exec je dapat claim OT

exec selalunya dapat replacement leave je..huhu
Quote stingerkentot 31-5-2024 08:38 AM
Cari Forem nyah,...
Quote pokokmeranti 31-5-2024 09:28 AM
I sllu kerja pada hujung minggu dan cuti umum tapi tak pernah diberi kelayakan utk claim OT dan setaranya. setakat claim macam biasa je.
Quote aryyan 31-5-2024 09:31 AM
ala. report pn bkn effect bos & comp sgt.
plg2 penalti.
epf xbayaq, buat rayuan n installment. utang epf staff setahun pn tak kena apa.
gaji lambat, report jtk pn takat bg warning cmtu ja la.
Quote notfound 20-6-2024 02:05 PM
Jgn stress tahu hak anda

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053724 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top