Kuala Lumpur : Stesen televisyen swasta, Awesome TV digantung penyiarannya oleh pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) di platformnya berkuat kuasa hari ini mulai jam 12.01 pagi. Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikannya menerusi Instagram @awesometvmalaysia mengulas mengenai perkara itu. "Kami merujuk kepada notis pemberitahuan dimuat naik MYTV Sdn Bhd di laman Facebook rasminya berkenaan penggantungan siaran Awesome TV saluran 112 di platform MyTV mulai jam 12.01 pagi pada 26 Mei 2024. "Awesome TV ingin menjelaskan bahawa pihak kami telah memfailkan permohonan semakan rayuan di mahkamah rayuan dan masih belum ada keputusan. "Selain itu, Awesome TV turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dan masih menunggu keputusan. "Perkara ini masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir, oleh itu tindakan MYTV Sdn Bhd untuk menggantung Awesome TV adalah tidak beretika serta menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan itu.
Difahamkan meskipun berhadapan penggantungan siaran oleh MYTV, namun Awesome TV tetap menyeru kepada penonton agar tetap terus menyokong stesen berkenaan. Sumber : Harian Metro |
Firenzza replied at 27-5-2024 12:59 PM
Ada tengok dlm TikTok walanon ckp siaran ada lg sambil kutuk walaun x byr unifi sbb tu kena potong
grouper replied at 27-5-2024 02:16 PM
Apa benda awesome tv wat smpai kena gantung?
shernazz replied at 27-5-2024 01:05 PM
Unifi tv mana Ada awesome tv
Depa Ada channel2 lain kan.
MistrezHermanaz replied at 27-5-2024 03:26 PM
ada je lagi kt astro
Firenzza replied at 27-5-2024 02:41 PM
Walanon troll walaun utk nafikan ohsem TV kena banned sbb suka kritik kjn madanon. Nmpknya kena ik ...
Firenzza replied at 27-5-2024 02:41 PM
Walanon troll walaun utk nafikan ohsem TV kena banned sbb suka kritik kjn madanon. Nmpknya kena ik ...
ADVERTISEMENT