CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Fizo Omar Kagum Cara Suami Tenangkan Perasaan Marah – ‘Dia Cuba Perbaiki Emosi Saya’

26-5-2024 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8593| Komen: 56



Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi cara untuk mengendalikan individu yang sedang marah dan mengalami masalah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fazeera atau lebih mesra disapa Faz mengalami situasi di mana dia tidak dapat menghadiri temu duga kerja gara-gara alat navigasi, Waze tidak berfungsi dengan baik.

Keadaan tersebut kemudiannya membuatkan Faz sangat beremosi dan bertindak menghubungi suami untuk meluahkan rasa marah tersebut.

"Masa itu saya sangat emosi dan tak rasional rasa macam nak maki-maki, nak marah-marah jadi saya call suami saya mengadu semua perkara. Sangat kacau bila ketika itu."

"Apa yang suami saya buat adalah sangat mengagumkan. Kita sebagai manusia bila mengadu kepada seseorang kita bukan nak orang perbetulkan situasi tetapi kita hanya nak didengari tanpa dihukum."

Menurutnya, cara suaminya mengendalikan emosinya pada ketika itu sangat berkesan.


"Suami saya ‘validated’ perasaan saya dan dia hargai emosi saya ketika itu. Dia tak cuba untuk memperbetulkan situasi tapi dia cuba perbaiki emosi saya."

"Apa yang dia cakap masa itu ‘ala yeke kesiannya dekat you sayang. Takpe, nanti balik kita sama-sama perbaiki Waze. Nanti you pergi interview tu you bawa je I takpe I teman you’."

"Saya sebagai wanita dengan secara tiba-tiba terlupa dengan apa yang berlaku dan membuatkan emosi saya kacau bilau. Pada saat dia ‘reassure’ emosi saya masa itu, apa yang saya tanggung itu ibarat dah dilepaskan. Dia tenangkan keresahan saya."


Dalam pada itu, Faz berkongsi perkara tersebut sebagai pengajaran buat orang lain supaya menjadi pendengar yang baik ketika seseorang sedang meluahkan rasa marah.

"Pengajarannya adalah bila orang tengah mengadu dalam keadaan beremosi, tengah meluahkan perasaan biarkan sahaja. Dengar dan memahami situasi tanpa menghukum mereka sebagai seorang manusia."

"Sebab manusia ni emosi memang berubah-ubah jadi masa mereka tengah beremosi mereka tak akan rasional. Bila orang tu dah rasional baru lah you beri nasihat dan pendapat."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 26-5-2024 05:48 PM
Kak kiah oi.. hat admit bahagia sgt ni dgr2 tahun depan cerai berai talak 3....
Aku cuma berkata jujur..
Sejauh mana hebatnya abe jo mu tu....
Ejas balancing mak dgn wife pun failed...
Ko rilek pazzzz..
Nxt year siapkn spek hitam dgn abaya ye
Quote songket_merah 26-5-2024 06:15 PM
gaya bini pijo ni macam kahwin ngan fijo yang jutawan, i mean pemakaian kemain ade class
Quote imanjannah 26-5-2024 06:34 PM
interview kijo apa
Quote anggeriklatifah 26-5-2024 07:56 PM
Alat waze kereta tak fungsi...?????? kau guna lah google maps je kat phone ape susah...takkan lah takleh fikir cara lain...kemain bg motivator kat org..tp  problem solving fail
Quote lolipopmanish 26-5-2024 07:57 PM
Yawnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote cikatilia 26-5-2024 08:54 PM
Hallah Hallah hallah

Itu bukan berkongsi cara mengendalikan individual marah bermasalah yada2 bur#t

Itu share pasal laki mung sis.

Dah tu laki mung xkan mung nak puji laki jiran depan umah plak kan??
Quote sukacactus 26-5-2024 10:33 PM
So apa gossip nya
Quote stania83 26-5-2024 10:47 PM
faz ni mmg crushkat fizo sejak zaman sekolah menengah, masa fizo naik flight dia, dia dah tak keruan. tup tup fizo minta nombor dan terus on. ada chance utk pergi jauh sbb bini nya tergilakan suami
Quote bedahmenjuyah 26-5-2024 11:03 PM
Dah habih point nak up laki. Sedeh!
Quote weezerfan 26-5-2024 11:14 PM
Tertgk tt dia ni.geli plak dgr slang dia ckp english selang seli bm.try hard sgt
Quote menjad 26-5-2024 11:16 PM
Bukan Ritu sekejap unfollow kannn. Tetiba emosi tenang lah pulak.
Quote jambatannetizen 26-5-2024 11:18 PM
stania83 replied at 26-5-2024 10:47 PM
faz ni mmg crushkat fizo sejak zaman sekolah menengah, masa fizo naik flight dia, dia dah tak keruan ...

Oh kalau bini tergilakan suami memang boleh pergi jauh eh?
Quote shalalat 26-5-2024 11:28 PM
Sape la hadap dia punya sharing kat tt ni
Quote Mary_jane 26-5-2024 11:37 PM
Boleh lah asal ada bahan buat content.
Quote anony-mous 27-5-2024 12:59 AM
Manusiabesa replied at 26-5-2024 05:48 PM
Kak kiah oi.. hat admit bahagia sgt ni dgr2 tahun depan cerai berai talak 3....
Aku cuma berkata juj ...

Aritu mcm ada gosip xelok pasangan ni. I lupa benang mana
Quote anony-mous 27-5-2024 01:00 AM
stania83 replied at 26-5-2024 10:47 PM
faz ni mmg crushkat fizo sejak zaman sekolah menengah, masa fizo naik flight dia, dia dah tak keruan ...

Bg i biasa2 lawa je wife dia ni, so mesti byk lg nombor stewardess lain si pijo ni mntk tp cuma yg sorang ni je sudi dgn pijo si ank mak muflis xberduit
Quote hokeypokey 27-5-2024 01:33 AM
pegi la kelek laki mu jauh2 dari ma
Quote kelip2_07 27-5-2024 10:25 AM
jambatannetizen replied at 26-5-2024 11:18 PM
Oh kalau bini tergilakan suami memang boleh pergi jauh eh?

mgkin jgk..sbb dia akn terima jer ape org tu buat..sbb dh syg sgt
Quote belilies 27-5-2024 10:39 AM
Bodoh betul nak salahkan waze xdpt iv keje. Nampak sangat ko xprep. Kalo aku jadik employer ko awal2 dh tak listkan ko ni, cam bodo dibuat pekerja. Napa nak makan gaji, konon hebat sangat.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.031171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top