CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pasangan Viral Bawa Anak Pakai Alat Pernafasan Dipercayai Sudah Menghilangkan Diri, Tak Jawab Panggilan Telefon

26-5-2024 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15950| Komen: 6

Pasangan viral yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan, baru-baru ini, dipercayai sudah menghilangkan diri.''

Memetik laporan Buletin TV3, kedua-dua individu tersebut tidak menjawab panggilan telefon daripada pihak media. Lebih teruk, mereka turut mematikan talian.

Menurut Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu, namun didapati dia gagal dikesan.

Tambah Hazamer, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri dengan dipantau jiran berhampiran.

"Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan."

"Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri."

Ujar Hazamer lagi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan mereka tetapi perlu menyediakan dokumen lengkap sebelum melaksanakannya.

Terdahulu, kisah Mohd Azlan Ishak dan Norhidayu Halim itu turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerusi setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu.

Bukan itu sahaja, Azlan turut menerima hadiah sebuah kereta Proton Persona daripada seorang pengusaha kereta terpakai selepas kisahnya viral.

Sumber: Buletin TV3/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 26-5-2024 05:51 PM
Kat X kata laki tu dah pergi pejabat agama pukul 3 petang tadi & bawa dokumen untuk nikah. Sikit masa lagi pasangan ni akan dinikahkan.

IMG_2121.jpeg

Quote sagiman91 27-5-2024 09:22 AM
Mary_jane replied at 26-5-2024 05:51 PM
Kat X kata laki tu dah pergi pejabat agama pukul 3 petang tadi & bawa dokumen untuk nikah. Sikit mas ...

yang kat penjara tu?

masih laki dia atau dah bercerai dan abis edah?

Quote helicornia 27-5-2024 10:00 AM
selamba je dorang ni tayang muka dah takde perasaan malu dah
yg terang2 mcm ni pej agama tak amik tindakan ke
yg dlm bilik tak nampak pi terjah pulak
Quote zarulnazmi 27-5-2024 03:35 PM
kereta yang dihadiahkan tu pun hilang ke?
Quote matseh 27-5-2024 05:08 PM
mari kita pakat gelakkan pada diri masing2.
Quote manehnya 28-5-2024 08:50 AM
ytjt kuala kedah tu mcm mana,

tp yg rengsa sbb dua orang ni scam orang since then... pastu modal sedeh, tipu2

pastu org kampung n pak imam gak kena salahkan... harap yg nk bg sumbangan tu, bg la dlm bntuk barangan bayi kalau nk derma sgt, jgn bg duit.. kak natipah msti tau pnya

Lihat semua komen(6)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.120704 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top