Seorang individu mempersoalkan tindakan penyanyi Adira Suhaimi yang keluar bekerja meskipun belum habis tempoh edah selepas diceraikan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu. Tampil menjawab pertanyaan tersebut, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 33, memberitahu dia perlu bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang anaknya. "Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi." "Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?" "Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan." Adira menjelaskan mengenai perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyokong kenyataan yang dibuat pelantun lagu Ku Ada Kamu itu.
Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu. Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah iddah dan mutaah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suami yang mengalami masalah kewangan. Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2. Sumber: TikTok/OhBulan |
Orix replied at 25-5-2024 04:43 PM
Valid lg ke edah xleh keluar rumah di era 2024 ni ? Dahtu mati laki otomatik dpt cuti ke smpai habis ...
HappyGumbira replied at 25-5-2024 06:43 PM
Valid, yang tak boleh buat tu keluar melahu tak tentu hala, berjimba, lepak kedai. Kalau pergi ker ...
adeqbun replied at 25-5-2024 06:45 PM
Yes
Jgn berhias2an juga kan
hokeypokey replied at 26-5-2024 02:06 AM
tok red tak hulur langsung ke??? patut cerai
ADVERTISEMENT