CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jawi Maklum Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Sudah Selesai

26-5-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18124| Komen: 84


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

Ketika ditemui OhBulan, Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

"Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut."

"Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya."

Mohd Ajib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu Mohd Ajib berkata, keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.


"Terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap."

"Tarikh selanjutnya tiada tapi ia bergantung kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan."

Sebelum ini, Jawi menegaskan pihaknya tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat meskipun Aliff dan Ruhainies berstatus selebriti.

Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik2kepam 25-5-2024 05:16 PM
Lama betul ye nak siapkan kertas siasatan, byk sgt ke kes tangkap basah yg ada?
Kalau kes jenayah polis diberi masa bbrp hari je nak siapkan kertas siasatan, biasanya masa tempoh reman 3-4 hari suspek tula polis duk siapkan siasatan kalau tak siap lagi maka sambung reman lagi tp takleh lama ada limit juga la.

Kes khalwat dr  9 mac dah nak masuk jun dah eh lama betoi.
Padahal sementara dorang tgh duk “menyiasat” tu aman2 je si alip tu masih dtg kondo tu ikut laluan belakang bagai.

Quote oggy 26-5-2024 12:04 AM
Lama laa.. busy puasa, lepas tu raya lagi..
Quote Rogue98 26-5-2024 01:22 AM
Kalau dah tua2 umur dah masuk 30 tahun lebih patut lebih berat lah hukuman. Jugak yang dah berkahwin and ada anak. Nama jer Islam tapi nafsu punye pasal lupa diri tu Islam. Buat2 tak sedar. Sebat jer terus diaorang ni...
Quote hokeypokey 26-5-2024 02:07 AM
kes khalwat terhangat dekad ini
Quote sharlenetexas 26-5-2024 02:49 AM
hokeypokey replied at 26-5-2024 02:07 AM
kes khalwat terhangat dekad ini

Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat n ajis ni.

Quote she 26-5-2024 08:38 AM
sharlenetexas replied at 26-5-2024 02:49 AM
Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat ...

Kannnnn

Steady je dedua
Quote sukanyanyi 26-5-2024 10:45 AM
sharlenetexas replied at 26-5-2024 02:49 AM
Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat ...

Thanks confirmkan benda ni. Penah terbaca kat porem n nak confirmation tp taktau nak tanya sape. Gugel mcm takde. Anyway kisah lama ni lg interesting drpd kes terbaru tu bg iols.
Quote Minahkucing 26-5-2024 11:45 AM
Kakmelah siapa?
Quote Hypothetically 26-5-2024 12:10 PM
Berani kerana benar, tak salah kenapa tunggu 3 jam utk buka pintu. Kalau terlepas juga mmg rak tahu apa nak cakap.
Quote buapakperut 26-5-2024 02:51 PM
sharlenetexas replied at 25-5-2024 06:49 PM
Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat ...

siapa kak melah, apa gerangan itu peranakan makrifat. ke Pranakan?
Quote hokeypokey 26-5-2024 08:23 PM
sharlenetexas replied at 26-5-2024 02:49 AM
Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat ...

kan.. bkn dia yg terpaling pertama kena tangkap basah.. awie arni, norman memey, mat sabu ehh
Quote anilanil 26-5-2024 08:26 PM
buapakperut replied at 26-5-2024 02:51 PM
siapa kak melah, apa gerangan itu peranakan makrifat. ke Pranakan?

Kak melah kau kunci lampu lip lap
Quote mrsbob87 27-5-2024 09:34 AM
sharlenetexas replied at 26-5-2024 02:49 AM
Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat ...

kesian kak melah, chinta dengan aim matrooftop...
tapi di who are yous kan oleh beliau...
berhabis duit bergadai bodi... ikotkan time tu kak melah punya duit show da level2 ct caras..
tapi sayang....
Quote lasagna 27-5-2024 10:14 AM
sharlenetexas replied at 26-5-2024 02:49 AM
Kakmelah 2x tangkap basah dgn peranakan makrifat tapi xdelah dia tegakkan benang basah mcm ruhanat ...

ehh 2x ke chuols, iols rse kan mcm sekali jer
aduhh puas laa nk igt semula hahaha..
alaa dlu kan mna ada media social, aaacentuuu..
Quote kakakgarang 27-5-2024 11:43 AM
buapakperut replied at 26-5-2024 02:51 PM
siapa kak melah, apa gerangan itu peranakan makrifat. ke Pranakan?

hahaahahahahaah terseburrrr baca peranakan makrifat
Quote prettyuglybabe 27-5-2024 12:33 PM
Acik2kepam replied at 25-5-2024 05:16 PM
Lama betul ye nak siapkan kertas siasatan, byk sgt ke kes tangkap basah yg ada?
Kalau kes jenayah po ...

standard la tu.. marhaen kena tangkap khalwat pun amik masa 2 3 bulan sebelum dapat tarikh naik mahkamah..
Quote sharlenetexas 27-5-2024 01:14 PM
mrsbob87 replied at 27-5-2024 09:34 AM
kesian kak melah, chinta dengan aim matrooftop...
tapi di who are yous kan oleh beliau...
berhabis ...

Last2 eksiden dgn azmeer sampai cacat sebelah mata heols.

Quote dewi_rina 27-5-2024 03:09 PM
memey tu lama berangkut toto, noman siap berseluar kecik elok je lepas.. dah kena tangkap pun sambung lagi duduk sesama
Quote dewi_rina 27-5-2024 03:23 PM
sukanyanyi replied at 26-5-2024 02:45 AM
Thanks confirmkan benda ni. Penah terbaca kat porem n nak confirmation tp taktau nak tanya sape. G ...

chuols baca dekat thread gosip 80-90 an situ semua ada

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 1.280171 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top