Tampin: Seorang wanita bukan sahaja diugut bunuh oleh tunangnya tetapi turut ditumbuk sehingga cedera dalam kejadian pada 17 Mei lalu. Lelaki itu yang juga seorang hos jualan dalam talian bagaimanapun dituduh di Mahkamah Majistret di sini, tadi, dengan dua pertuduhan. Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar dari Puchong, Selangor mengaku salah sebaik dua pertuduhan itu dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah terhadap mangsa wanita berusia 26 tahun itu dengan mengeluarkan perkataan " saya pijak muka awak, saya bunuh awak dekat sini, awak nak tengok saya punya tak waras, kalau saya tak dapat awak, orang lain pun memang tak dapat awak, saya tak takut pun masuk penjara". Perbuatan itu dilakukan tertuduh di hadapan sebuah restoran makanan segera di Rembau pada jam 11.30 pagi 17 Mei lalu.
Oleh yang demikian tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh dan masa sama didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu dengan cara menumbuk di bahagian pipi kanannya. Berikutan itu tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,200 dan boleh dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hishami manakala tertuduh diwakili peguam Siti Syuhada Mohd Isa dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Sumber : Harian Metro |
Sazreena replied at 25-5-2024 02:21 AM
Eiii dah la buruk..ada hati nak jadi pembunuh...
B40tastePosh replied at 25-5-2024 03:27 AM
Pembunuh elok la buruk....kalau hensem nanti hukumannye jadi makin ringan sebab Majistret kesian.. ...
ADVERTISEMENT