CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh curi wang, anak tergamak pukul bapa 74 tahun dengan kerusi

24-5-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23346| Komen: 4

Description: Ipoh: Seorang warga emas cedera dipukul anak lelakinya yang menuduh mangsa mencuri wang ketika berada di rumah mereka di Jalan Kuala Rui, Gerik, malam tadi.

Ipoh: Seorang warga emas cedera dipukul anak lelakinya yang menuduh mangsa mencuri wang ketika berada di rumah mereka di Jalan Kuala Rui, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, suspek memukul bapanya yang berusia 74 tahun menggunakan kerusi ketika mangsa sedang berbual dengan anak saudaranya di kawasan luar rumah.

"Seorang anak pengadu dan anak saudaranya itu telah cuba meleraikan perbuatan suspek terhadap pengadu.

"Akibat daripada pukulan dengan kerusi tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.

Mohd Yusri berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gerik dan menerima empat jahitan pada bahagian luka tersebut.


Suspek ditangkap hari ini dan direman empat hari di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-5-2024 11:29 PM
Ko telan ape ni mat

Quote royaldanish 24-5-2024 11:42 PM
kick dh habis la tu
Quote B40tastePosh 25-5-2024 03:30 AM
Mesti mabok ketum ni
Quote hokeypokey 26-5-2024 02:22 AM
btul ke bapak ko amik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.101370 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top