Pengkalan Hulu: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan sumbang mahram dengan menjadikan anak gadisnya yang berusia 17 tahun sebagai tempat melampiaskan nafsu serakahnya. Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, laporan polis berhubung perkara itu dibuat seorang kaunselor sekolah berusia 37 tahun tengah hari semalam selepas dimaklumkan mangsa sendiri ketika sesi kaunseling yang berlangsung pada hari yang sama. Beliau berkata, dalam keterangannya mangsa memaklumkan kejadian pemerkosaan itu kali pertama berlaku pada 2017 ketika mangsa berusia 10 tahun dan ia berlanjutan sehingga 2020, ketika mangsa berusia 14 tahun. "Menurut mangsa juga, kejadian ini pernah diadukan kepada ibu saudaranya yang kemudian bertindak berhadapan dengan suspek namun suspek menafikan sekeras-kerasnya perkara itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya, susulan laporan polis yang dibuat 3.40 petang semalam, suspek yang berusia 43 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu itu. Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Khamis depan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya. Sumber : Harian Metro |
Ahriman replied at 24-5-2024 11:44 PM
Antara benda positive datang dari kaunseling sekolah.
iols dulu kurang gemar dengn cikgu kauseling ...
Chah21 replied at 25-5-2024 12:29 AM
Cikgu kaunseling sekolah i dulu masa orientasi ramah ye mmg pndai dia tarik minat budak2.. sekali ...
Ahriman replied at 25-5-2024 01:04 AM
Setuju sngt,selalunya cikgu kaunseling lelaki memang malas sikit.lepas tu suka sindir pelajar.seko ...
menjad: Kesian sungguh budak tuh hadap ...
Sazreena replied at 25-5-2024 02:09 AM
Aku doakan para pedo di Malaysia khususnya dan juga di jagat raya mampos dalam keadaan penuh azab da ...
Decaffeinated replied at 25-5-2024 04:03 PM
This incest, rape and paedophilia all in one package.
The worst one can imagine.
Sazreena replied at 25-5-2024 02:09 AM
Aku doakan para pedo di Malaysia khususnya dan juga di jagat raya mampos dalam keadaan penuh azab da ...
Meiizu replied at 25-5-2024 04:56 PM
Kalau pedo tu hidup pun moga ko tey dia busuk nanah takleh guna.Pelacur pun taknak
ADVERTISEMENT