CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Padat Dengan Info & Mudah Difahami!” – Khairul Aming & Sofyank ‘Bergabung’ Sebar ‘Awareness’ Pasal Palestin, Raih Pujian Netizen ...

24-5-2024 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20342| Komen: 11


Dua pempengaruh, Khairul Aming dan Sofyank yang bekerjasama dalam satu video yang baru dimuat naik oleh mereka di media sosial telah menarik perhatian dan meraih pujian netizen.

Video tersebut dimuat naik semalam dan hanya selepas beberapa jam ia telah mendapat lebih 19 juta tontonan di Instagram dan 3.4 juta di TikTok.

Sudah tentu Khairul Aming menggunakan kelebihannya dalam memberikan penerangan yang mudah difahami manakala Sofyank pula menggunakan kepakarannya dalam menyunting video.

Tidak hanya menerangkan tentang apa yang berlaku, mereka juga menerangkan mengapa ia dikira sebagai genocide serta turut menceritakan sejarah negara Palestin sejak 1917 termasuklah peristiwa Nakba yang berlaku pada tahun 1948.


Meskipun video itu agak panjang berdurasi 8 minit namun ia padat dengan informasi dan cara penyampaian mereka juga mudah difahami oleh semua orang.

Video tersebut mendapat perhatian masyarakat di platform media sosial dan rata-ratanya berterima kasih dengan dua pempengaruh ini kerana berusaha menyebarkan kesedaran tentang Palestin.



Ramai akui berbangga dengan Khairul Aming dan Sofyank selain turut mendoakan Palestin.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 25-5-2024 09:48 PM
Dan influencer abg wee tambah subtitle.terbaik r
Quote jihyomelly 25-5-2024 10:04 PM
mcm ni yg kita nak..bukan influencer yg ntah apa2 merepek..
Quote Kancilkering 26-5-2024 05:22 AM
KA ni memang super pandai…….
Quote cap_ayam 26-5-2024 05:43 AM
Orang bijak.
Quote Neno90 29-5-2024 10:47 PM
Dah tgk and like
Quote ekselen 30-5-2024 02:29 AM
diorg dah update yg ada english subtitle.. mohon spy lebih ramai org yg sebarkan vid deyols ni...semoga rakyat palestine akan dpt hak diorg balik dan freedom from israhell laknatullah..
Quote azimodin 30-5-2024 08:09 AM
Ni la beza influencer beretika & berpendidikan dengan influencer sampah.
Quote silampumeja 30-5-2024 10:01 AM
sebab tu olmu tu penting sebelum nak jadi apa2
Quote notfound 19-6-2024 08:23 PM
Hebat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.030247 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top