CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Individu Sebar Rakaman CCTV Kes Simbah Asid Faisal Halim

24-5-2024 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11937| Komen: 6

Description: Polis Selangor dilaporkan telah membuka kertas siasatan dan kini memburu pihak yang menyebarkan rakaman video CCTV yang memaparkan insiden simbah asid terhadap Faisal Halim.


Polis Selangor dilaporkan telah membuka kertas siasatan dan kini memburu pihak yang menyebarkan rakaman video CCTV yang memaparkan insiden simbah asid terhadap Faisal Halim.

KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan baru-baru ini mengesahkan bahawa video tersebut merupakan salah satu bahan bukti dalam kes yang masih disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berikutan pendedahan maklumat yang tidak sah.


Selain itu, ia juga turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM1 juta dan penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Datuk Hussein juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut kepada awam bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 24-5-2024 10:34 PM
Quote Rogue98 25-5-2024 04:38 PM
Yg attack dia dah tangkap lom?
Quote sallysains 25-5-2024 11:11 PM
Rogue98 replied at 25-5-2024 04:38 PM
Yg attack dia dah tangkap lom?

suspect kena tahan, kena ikat jamin.. now senyap kan
Quote B40tastePosh 25-5-2024 11:14 PM
Menjaga sensitiviti keluarga mangsa???

Bagaimana denga  gambar mangsa yang bertepek dlm akhbar semasa kejadian?
Quote Rogue98 26-5-2024 12:33 AM
sallysains replied at 25-5-2024 11:11 PM
suspect kena tahan, kena ikat jamin.. now senyap kan

Uiii...dah cubaan membunuh pun boleh ikat jamin lagi...
Quote Melanie91 26-5-2024 07:30 AM
Tertanya2 sape yg simbah asid tu... dia ni ada link dgn gangster ke mafia ke along ke?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041410 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top