CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Tiba-Tiba Pesawat Terjunam” – Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Tragedi Pesawat SIA, Sempat Pakai Tali Pinggang

24-5-2024 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11659| Komen: 9


Seorang penumpang berasal dari Malaysia tampil berkongsi saat cemas ketika berada dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 dari London ke Singapura baru-baru ini.

Dazfran Azmir yang merupakan pelajar memaklumkan dia berdepan detik mengerikan itu sebelum pesawat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Survanabhumi, Bangkok.

Menurut Dzafran, keadaan gelora udara ‘turbulent’ yang kuat telah membuatkan pesawat tidak stabil dan bergegar dahsyat.


Dia hanya mampu memeriksa pemakaian tali pinggang keledar meskipun penumpang lain tidak berbuat demikian.

"Tiba-tiba, kapal terbang terjunam dan mereka yang tidak berhati-hati jatuh daripada tempat duduk masing-masing sehingga ada yang terangkat ke siling pesawat sehingga remuk."


"Saya melihat orang dari seberang lorong mendatar sepenuhnya, terangkat ke siling dan mendarat kembali ke bawah dalam kedudukan yang agak janggal. Penumpang seperti mengalami luka besar di kepala dan gegaran otak."

"Krew dan individu yang berada dalam tandas merupakan yang paling terkesan kerana setelah mendarat, mereka terbaring akibat hentakan kuat di kepala dan tulang belakang."

Media sebelum ini melaporkan pesawat SIA itu tidak menerima sebarang amaran sebelum mengalami gelora udara (turbulent) yang kuat.


Kejadian itu turut mengorbankan seorang penumpang, serta 30 lain mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Samitivej Srinakarin, Bangkok, Thailand.

Sumber :Reuters/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ytee 17-6-2024 06:51 PM
seramm tul
Quote koko2 17-6-2024 07:13 PM
ngeri membayang keadaan...
Quote acik79 19-6-2024 01:54 AM
Aku pun baru balik dr london seminggu selepas kejadian, mmg area tu turbulent lama sgt… dlm sejam pilot suh duduk dan pakai tali pinggang… anak2 aku nak pergi kencing pun aku risau…
Quote misc 19-6-2024 09:18 AM
Area tu kalau cuaca baik pun sentiasa bergegar2 kan. Apatah lagi time cuaca buruk. Seram setiap kali lalu situ.
Kalau duduk kat seat tu pakai je seat belt sepanjang masa. Tak menganggu pun seat belt tu. Safety first.
Quote Ytee 19-6-2024 09:32 AM
Malang x berbau
Quote bulan_gerhana 19-6-2024 10:01 AM
sebagai rakyat marhaen iols kurang paham... adakah pilot bole decide utk tukar route flight tu atau kene dptkan kebenaran company utk buat route lain utk elak kawasan tu kalau flight London-S'pore? sbb setahu iols katebang ni kalau nak lalu mana2 negara kene ade kene bayar kan... ke iols silop... bab aviaton ni totally '0'

ade org ckp iols SIA dpt byk quota route London - S'pore - London.. even MAs punye pun S'pore yg take over.. ni bos iols la yg ckp...
Quote notfound 20-6-2024 02:06 PM
Ngeri
Quote notfound 20-6-2024 02:06 PM
Sgt ngeri
Quote PejuangBerani 11-7-2024 01:41 AM
Ngeri betul..traumatic experience mcm ni buat trauma nak naik flight lgi..i yg flight ke sabah cuaca tak ok pastu langgar2 awan pun dah rasa nak menjerit siap cengkam tgn kawan sebelah kuat2..inikan pula jadi mcm ni..traumaa

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.350847 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top