CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Don Beri Pandangan Isu Orang Islam Sertai ‘Speed Dating’ – ‘Zaman Sekarang Susah Nak Cari Pasangan’

24-5-2024 12:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15907| Komen: 73

Description: Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi pandangan tentang isu mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi pandangan tentang isu mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok SinarPlus, Ustaz Don berkata, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya cara tersebut berlandaskan kepada undang-undang Islam.

"Islam bukan satu agama yang mengongkong. Islam adalah agama yang ada undang-undang. Harini orang bercakap tentang ‘speed dating’ dan sebagainya. Yang pertama sekali, ada tak perkara-perkara yang ditegah dan dilarang dalam Islam."

"Ada tak masa pergi dating tu pegang tangan? Kalau ada, haram. Masa pergi dating tu pakaian kena buka semua bagi lelaki atau perempuan tengok? Kalau ada, haram."

"Kalau sekadar duduk, masuk dan menyembang apa beza bersembang di pasaraya? Apa beza bersembang di pejabat? Kaedah ini bertujuan untuk mencari pasangan. Tambah pula zaman sekarang pasangan ni susah nak cari."


Menurutnya, pergaulan antara lelaki dan wanita sudah berlaku secara normal tanpa melakukan dosa.

"Pertama, jangan buat hidup kita ini semua sekolah di madrasah. Bukan semua orang duduk di sekolah lelaki semata-mata. Bukan semua orang duduk di sekolah perempuan semata-mata. Kita ni daripada kecil dah bercampur sekolah. Jadi kita kena faham suasana itu."

"Bukan membenarkan ikhtilat tadi jangan salah faham tapi maknanya pergaulan di antara lelaki dan perempuan berlaku secara normal di sekeliling kita tanpa buat dosa."

"Maksud bukan semua orang kalau berjumpa je kena bercium seperti mat salleh (orang barat). Itu budaya yang salah."

Dalam pada itu, Ustaz Don berpendapat tidak salah untuk seseorang berusaha mencari jodoh dengan cara tersebut namun perlu mengikut syariat Islam.

Malah, dia turut menyeru pihak berkuasa untuk mengeluarkan garis panduan yang betul untuk mencari pasangan hidup.

"Kita kena faham ada orang yang berusaha untuk mencari jodoh dan ini salah satu jalan yang ada sekiranya betul dengan cara Islam. Sebab itu firman Allah senang sahaja, nak buat apa pun letak Islam punya undang-undang dulu tapi ingat jangan sampai terlebih Islam. Itu orang panggil ‘over’ dan terpaling Islam."

"Jadi caranya, susun satu-satu. Boleh tak lelaki dengan perempuan bersembang? Boleh terutama pada perkara-perkara untuk mencari jodoh. Yang kedua, tempat itu tertutup sorang-sorang, berdua-duaan atau umum macam restoran? Kalau umum, khalas (selesai). Letakkan Islam punya garis panduan."

"Hari ini saya menyeru kepada Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa untuk mengeluarkan garis panduan macam mana cara nak ‘dating’ iaitu mencari jodoh."


Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 24-5-2024 12:19 AM
Edited by Imkhai at 24-5-2024 12:27 AM

Terbaik ustat,ustazah yg ckp tak sesuai tak ikot ajaran islam tu suruh dia gi blk zmn batu sana kolot btl fikirannya,org pergi situ bkn terus beromen
Quote pokokmeranti 24-5-2024 07:32 AM
betul la apa yg dikata, asalkan tahu batas agama. standard setazah faraj kentot bercakap bukan nak siasat dan teliti betul2, dah la alternatif kpd speed dating dia x bagi cadangan hanya pandai kritik sahaja.
Quote shernazz 24-5-2024 07:37 AM
Kira MCM sesi taaruf la kan..
Gitu iols speaking ereb sepatah
Quote otai_g 24-5-2024 07:37 AM
Bersembang dgn lelaki ajnabi tanpa sbb harom hukumnya mengikut fatwa badar wannabe
Quote Dwdrum 24-5-2024 08:59 AM
Mahu dating kena ikut opnion lobai... Makin maju manusia sudah tidak mampu untuk ber fikir...
Quote kotakbaju 24-5-2024 09:25 AM
shernazz replied at 24-5-2024 07:37 AM
Kira MCM sesi taaruf la kan..
Gitu iols speaking ereb sepatah

Taaruf tu hapo

Speed dating ni hapo pulak dating laju2?
Quote AbukRokok 24-5-2024 09:47 AM
Imkhai replied at 24-5-2024 12:19 AM
Terbaik ustat,ustazah yg ckp tak sesuai tak ikot ajaran islam tu suruh dia gi blk zmn batu sana kolo ...

Puak2 zaman batu ramai je backup stajah.. katanya dia pun pemilik laman web cari jodoh
Quote areyam 24-5-2024 09:56 AM
teringat rancangan TV3 Mencari Cinta.... saluran TV kena bykkan program camtu...
Quote shernazz 24-5-2024 11:33 AM
kotakbaju replied at 24-5-2024 09:25 AM
Taaruf tu hapo

Speed dating ni hapo pulak dating laju2?

Sesi perkenalan gitchuuu...
Speed dating Ni iols tak pasti..maybe MCM jumpa dalam masa sekejap..sembang2 then balik..fikir s.amada serasi atau tak
Quote Mary_jane 24-5-2024 12:33 PM
Kenal2 ni lah taaruf kan, borak2 kosong. Kali ni i setuju dengan ustaz don.
Quote ultra78 24-5-2024 12:51 PM
areyam replied at 24-5-2024 09:56 AM
teringat rancangan TV3 Mencari Cinta.... saluran TV kena bykkan program camtu...

Program tu dulu pun teruk dikecam. Orang yg cepat jumpa jodoh dan jodoh mereka adalah pasangan waktu di universiti tak layak beri komen. Mereka tak berada di situasi sama.
Quote _blackbird 24-5-2024 01:09 PM
Mohon tepek2 kan penerangan ini khas utk semak samun. Busuk hati lah tu, mesti profit tiljahaman menurun. Eiii tgk muka semak samun pon tau mmg sejenis manusia busuk hati  tapi gunakan agama utk mask hati hitam dia tu
Quote little_sis 24-5-2024 01:12 PM
Semoga pencari2 jodoh bertemu dgn pasangan yg terbaik jua akhirnya.. terbaik utk diri, agama, dunia dan akhirat..
Quote yururi 24-5-2024 01:54 PM
Setuju. Takde beza pon speed dating dgn ice breaking kat sekolah & universiti tu, bercampur jgk jantan betina. Yg menggelupur tu eloklah berambus pindah negara taliban sana
Quote hotmak 24-5-2024 02:27 PM
berhemah je dia bagi jawapan, bukan mcm yg sorang tu
Quote lifeline 24-5-2024 02:40 PM
tapi betul la sknrg ni mmg strunggle sikit kan nk cari pesangan
seeloknya masuk U tu kalo boleh dh ada gfbf mmg ngam sgt dah
kawan2 iols yg mana masa U x couple2 mmg majoriti skrng pon masih membujang
pdhal dah 30an dh pon
gitu jugak adik n adik ipar iols
zaman unibersiti tak de couple2
dah hbis belajar nk cari teman tu susah skit la
nak2 kalo keje tmpt yg x ramai pekerja ni
alternatif nya apps dating la
pastu speed dating ni pulak bagi iols mcm ok jee
sbb tmpt terbuka kan dan ada session mcm tu
mkdusnya ruang tu mmg khas tu sesapa yg join program ni
nak pulak skrng bnyk yg wfh
peluang nk berselisih bahu kt lrt terlnggar pastu terjatuh cinta mcm drama drama tu dah makin kurang
Quote Bergosip 24-5-2024 02:55 PM
shernazz replied at 24-5-2024 11:33 AM
Sesi perkenalan gitchuuu...
Speed dating Ni iols tak pasti..maybe MCM jumpa dalam masa sekejap..se ...

speed dating yang viral tu. prosedur dia

- perempuan duduk di meja dan lelaki akan pergi dari meja ke meja
- masa yang diberi hanya 15 minit. jadi, dorang ada 15 minit untuk berkenalan dan tanya soalan
- bila sesi dah habis (lelaki pergi ke semua meja)
- pihak lelaki dan perempuan akan tulis di kertas dan letak dalam box (nama orang yang dorang berkenan/nak kenali lebih lanjut)
- pihak penganjur yang akan contact dorang semula (sekiranya ada match). barulah pihak penganjur bagi contact details





Quote esbok 24-5-2024 04:07 PM
lifeline replied at 24-5-2024 02:40 PM
tapi betul la sknrg ni mmg strunggle sikit kan nk cari pesangan
seeloknya masuk U tu kalo boleh dh a ...

Kahwin awal pun tak tentu dah sekarnag, lepas 10 tahun pisah
Quote Tiggybiru 24-5-2024 04:14 PM
Betui ustaz..apa ustaz kata ni bg iols sesuai dgn peredaran zaman..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060749 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top