CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parti di dalam tren: KTMB akan lebih tegas

24-5-2024 12:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13785| Komen: 25

Description: Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan tidak memantau secara dekat penyewaan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengadakan pesta di dalam koc.

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan tidak memantau secara dekat penyewaan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengadakan pesta di dalam koc.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata KTMB sudah menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren pada masa hadapan.

"KTMB sudah menyatakan sejak 2021, tren itu disewa khas untuk aktiviti korporat dan sebagainya.

"Aktiviti terbabit mungkin tidak dinyatakan dengan jelas kepada KTMB. Namun, ada garis panduan ditetapkan termasuk tiada minuman alkohol dan sebagainya dan itu ditetapkan sebagai prasyarat.

"Kadang-kala apa yang berlaku itu mungkin di luar kawalan KTMB," katanya di sini hari ini.

Tular di media sosial video memaparkan sekumpulan penumpang mengadakan pesta di dalam gerabak KTMB dan dipercayai diadakan di Kuala Lumpur.


Sebelum ini KTMB memaklumkan pihak penyewa mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya.

Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 23-5-2024 11:34 PM
untuk 'mereka'...itu diluar kawalan...maafkanlah 'mereka'.
Quote sharlenetexas 23-5-2024 11:39 PM
Edited by sharlenetexas at 23-5-2024 11:45 PM

Parti dalam lrt mrt pulak. Charter utk private parti dapat duit lebih.




Quote airfilterkotor 23-5-2024 11:41 PM
Awat tak letak tarikh sampai ujung bulan jer kan senang.
Quote terma2nkondisi2 24-5-2024 01:31 AM
apa yg dicakap oleh anthony loke ni la yg sepatutnya ditulis oleh walanon2 dlm tred sebelah

ni pi merabu meraban pasal parti di negeri2 pas
Quote otai_g 24-5-2024 07:23 AM
Ni cuma secebis dark side of Malaysia. Itu pun lps kantoi kat es. Yg x kantoi maybe lbh ganaz lg yg kita x blh nak bayang.
Quote Samerosie 24-5-2024 07:36 AM
Actually tak faham aku apa masalah dia. Ktmb dah kata derang tak langgar syarat2 esp to no alcohol. So sekarang tak boleh berdancing and berdj ke dlm private party di negeri so called kapir labelled by the walauns (tapi nak cari makan die die dtg sini gak).
Quote AbukRokok 24-5-2024 09:51 AM
Xboleh buat konsert dalam tren
Harus hidup bermuram durja meratapi nasib
Quote Samerosie 24-5-2024 10:27 AM
AbukRokok replied at 24-5-2024 09:51 AM
Xboleh buat konsert dalam tren
Harus hidup bermuram durja meratapi nasib

Boleh buat concert tapi kena ada amoi2 siam sexy nampak pusat baru ok.
Quote hokeypokey 24-5-2024 05:54 PM
omputeh buat depa pun nk buat jugakkk
Quote dagusengett 24-5-2024 07:40 PM
Ktmb bukan privatised ke so apa masalah org nak sewa
Quote Skuau 26-5-2024 01:09 AM
Edited by Skuau at 26-5-2024 01:11 AM
hokeypokey replied at 24-5-2024 05:54 PM
omputeh buat depa pun nk buat jugakkk


"sapa kata benda ni salah dia kolot,kampung.com,b40 penagih lg bodo lg tak sekolah...omputeh dh maju napa x nak ikut perangai maju depa..awat nak ikut b40 tak sekolah???"-Acik T20 Liberal

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056842 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top