Pelakon Hisyam Hamid akhirnya membuka mulut mengenai desas desus keretakan rumah tangganya apabila mengesahkan sudah berpisah dengan isterinya, Rosmawati Hanafi. Memetik Oh Bulan, Hisyam bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka serta mengakui selesan menjalin hubungan baik dengan Rosmawati atau lebih mesra disapa Mel sebagai kawan baik sahaja. “Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan. “Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri. Sementara itu, Hisyam berkata dia dan Mel ingin melupakan perkara yang terjadi sertta mahu meneruskan kehidupan masing-masing serta menyifatkan isterinya melahirkan anak-anak mereka adalah pengorbanan besar.
|
nutcrack8 replied at 24-5-2024 09:41 AM
Die ni kawin umur berapa? Anak da besa. Umur die berapa?
awekjepun replied at 23-5-2024 11:59 PM
Tragedi hitam apakah itu.. ada yg curang ke
ADVERTISEMENT