Pelakon Rozita Che Wan berkata jika rumah tangga disondol, kita sebagai wanita tidak hanya menyalahkan penyondol sahaja tetapi suami juga perlu disalahkan. Menerusi video dimuat naik di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata ianya tidak akan berlaku jika suami tidak membuka ruang untuk disondol. “Penyondol dengan suami siapa yang patut disalahkan? Hello! Salahkan dua-dua. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. It takes two tango (masalah yang melibatkan dua belah pihak). “Kalau saya, aku sesah (belasah) sahaja kedua-duanya. Jangan bagi peluang pada lelaki itu. Kalau dia tak mula, takkanlah semuanya terjadi. Kalau saya, dua-dua saya santau, sesuai dan puas hati,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta turut mengingatkan suaminya, Zain Saidin agar tidak menjalin hubungan dengan wanita lain serta berseloroh mengatakan dia isteri yang garang. “Takkanlah Zain berani, dia nak keluar rumah pun kadang-kadang takut, isteri pula adakalanya macam harimau,” katanya. Sumber : Rotikaya |
akido_kido replied at 23-5-2024 11:37 PM
bukan ke kalau macam rimau lagi suami stress senyap2 cari lain?
AWEKSAMURAI replied at 23-5-2024 11:45 PM
Laki ni lagi bini garang mcm singa lagi dia buat hahaha
ADVERTISEMENT