JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana berpenampilan menyerupai dua watak siri anime popular Jepun, One Piece, lapor portal berita Okezone hari ini. Dalam satu klip video yang dimuat naik di platform X, pengantin lelaki dilihat memakai rambut palsu berwarna perang dengan rambut hadapan hampir menutupi matanya. Dia dikatakan menyerupai watak Sanji dalam One Piece. Sementara itu, pengantin perempuan memakai baju kebaya warna krim yang dipadankan dengan rambut palsu merah jingga. Penampilannya kelihatan seperti watak Nami dalam anime sama. Pasangan itu duduk di hadapan jurunikah bersama saksi serta ahli keluarga yang hadir untuk upacara pernikahan mereka.
“Alhamdulillah, Sanji dan Nami sudah berkahwin. Petanda One Piece akan tamat,” demikian menurut keterangan video tersebut. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. “Rupa-rupanya Sanji orang Singosari (dalam wilayah Jawa Tengah),” kata netizen secara berseloroh. – AGENSI Sumber : Kosmo |
Triple_8 replied at 23-5-2024 10:45 PM
Budak getah.
Triple_8 replied at 23-5-2024 10:45 PM
Budak getah.
zuuu replied at 24-5-2024 06:15 AM
Hanat sungguh translation,crayon shin chan jadi dik cerdas,dragon ball jadi mutiara naga,mujur dor ...
cantthinkofany replied at 24-5-2024 09:18 AM
oooooh...one piece tu anime....aku ingat mcm two piece tu....
cantthinkofany replied at 24-5-2024 01:18 AM
oooooh...one piece tu anime....aku ingat mcm two piece tu....
zuuu replied at 23-5-2024 10:15 PM
Hanat sungguh translation,crayon shin chan jadi dik cerdas,dragon ball jadi mutiara naga,mujur dor ...
jazaa100 replied at 24-5-2024 12:49 PM
Samalah....
Aku pun ingt mcm tu....