CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persoalan masih belum terungkai. Siapa sebar CCTV Faisal Halim kena simbah asid?

23-5-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6378| Komen: 53

Description: PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangs ...


PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia kerana video tersebut merupakan bahan bukti kes yang masih dalam siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Menurut Hussein, kes disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berikutan pendedahan maklumat.

“Subseksyen (1) boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

“Subseksyen (2), barang siapa yang mempunyai maklumat pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggari subseksyen (1) kepada mana-mana pihak boleh dikenakan hukumannya yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Hussein berkata, kes turut disisat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

“Individu juga boleh dikenakan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesaahan itu diteruskan selepas pensabitan,” jelasnya.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Polis memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video sekali gus mengganggu siasatan,” jelasnya.

Loading FB Post...

Terdahulu, tular video rakaman CCTV di media sosial memaparkan kejadian simbah asid ke atas Faisal di sebuah pusat beli-belah, di sini yang berlaku 5 Mei lalu.

Sehubungan itu, Hussein ketika dihubungi hari ini mengesahkan ketulenan video terbabit. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 23-5-2024 11:35 PM
persoalan sepatutnya..kenapa sebelum ni kata toyota alphard...sekali bmw
Quote Azharitubunga 24-5-2024 12:00 AM
Masalah sekarang
Polis nak cari siapa yang simbah faizal atau siapa yang dedah CCTV?

Kau nak selesakan kes simbah atau nak kaber2?
Quote anony-mous 24-5-2024 12:10 AM
Polis terlibat bersubahat ke? I tnya je. Bkn apa sbb byk kes2 kalau polis tu sibuk cari whistleblower, mesti polis ada terlibat . Cth kes jun n ahli big bang tu
Quote pocongkiutss 24-5-2024 12:29 AM
Bukanke kalau tersebar lg laju netizen buat keje?

Lain mcm
Quote damsel_fiji 24-5-2024 05:58 AM
alahai report polis pun banyak je tersebar padahal benda tu pnc..buat2 terkejut pulak
Quote Thunderclouds 24-5-2024 06:49 AM
Mcm biasa.
Asal libatkn tgn² ghaib pulis mgelabah nk siasat menda lain pulak
Tukang simbah asid lom jumpa carik dh kelam kalibut nk carik org sebar bidio
Quote pokokmeranti 24-5-2024 07:40 AM
klu tersebar mesti org dalam polis itu sendiri kan...mana mungkin bahan bukti polis biar org awam pegang.
Quote otai_g 24-5-2024 08:07 AM
Polis makan rasuah. Bnyk je Kes polis yg buat siasatan tu terima rasuah Dr pihak suspect Dan akhirnya Kes tu pun x kemana
Quote Cassieopeia 24-5-2024 08:09 AM
cubaan konar baring ke? apa2 moga faisal cpt sembuh..
Quote otai_g 24-5-2024 08:09 AM
damsel_fiji replied at 24-5-2024 05:58 AM
alahai report polis pun banyak je tersebar padahal benda tu pnc..buat2 terkejut pulak

Lps tersebar barulah rmi rakyat msia Tau omaigod kualiti apa polis kat msia ni. Polis pun ada jd drug addict
Quote cycra 24-5-2024 08:58 AM
lepas tersebar ni aku terpikir apa la nasib kita semua ni,,kejadian asal lain, offcial report dari polis lain,,memang main gile,,macam mn la nk dapat si pelaku,,kalau la katakan aku aadalah salah sorang saksi, mungkin moto tu lalu sebelah aku, tp statement polis tunjuk moto lain apa semua tu mmg saksi sebenar x ke depan la sb igt kejadian berbeza,,

eiii korup nyaaaaa./.memang kena kita jaga kita je la eh
Quote Radzor 24-5-2024 10:00 AM
cycra replied at 24-5-2024 08:58 AM
lepas tersebar ni aku terpikir apa la nasib kita semua ni,,kejadian asal lain, offcial report dari p ...

ye bro. good luck to us all. ompitih kata fish rots from the head
Quote ultra78 24-5-2024 11:14 AM
Video unavailable...
Quote lipans 24-5-2024 11:22 AM
Carilah jawaban kpd persoalan yg lebih besar. Siapa simbah asid ke FH?
Quote babyLON. 24-5-2024 02:48 PM
mana video
Quote naina 24-5-2024 02:56 PM
Beriya cari siapa sebar. Aku tengok CCTV tu takde lah clear mana..jauh jugak. Kalau dah tersebar cmni masih terganggu ke siasatan. Apa yang terganggunya. Jalan terus jelahhh. Kot netizen lebih pakar dari korang polis korup.
Quote green~tea 24-5-2024 02:57 PM
Belum tangkap lg ke pelaku nya.. polis duk sibuk tangkap whistle blower lah pulak?
Quote jihyomelly 24-5-2024 03:17 PM
dari awal bln 5 dah masuk 20 hari kes still sibuk ntah apa2
Quote Decaffeinated 24-5-2024 03:42 PM
Penting sangat ka nak kejar siapa yang sebar?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055392 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top