CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nodin Kongsi Momen Suami & Anak Mengaji Iqra, ‘Position’ Guru Pula Dipersoal Netizen?

23-5-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3460| Komen: 15

Description: Pelakon dan usahawan, Lana Nodin berkongsi momen istimewa mengenai suami, Daud Mckenzie dan anak-anaknya sedang mengaji Iqra di bawah bimbingan guru yang dijemput ke rumah mereka.

Pelakon dan usahawan, Lana Nodin berkongsi momen istimewa mengenai suami, Daud Mckenzie dan anak-anaknya sedang mengaji Iqra di bawah bimbingan guru yang dijemput ke rumah mereka.

Lana menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan doa agar dia sekeluarga diberikan hidayah serta sentiasa beristiqamah kepadaNya.

“Mi familia. Alhamdulillah, doakan suami dan anak-anak saya rajin dan selalu terbuka hati dekatNya serta doakan saya sendiri mendapat hidayah dan terus beristiqamah kepadaNya.”-tulis Lana di Instagram

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja melihat keluarga ini mahu belajar mengaji, malah ramai yang mendoakan agar Lana sekeluarga sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan.

“Ya Allah, Kau berikan keberkatan dan lancar kepada keluarga ini yang berusaha mencari huruf-huruf kalam Mu. Aaminn.”


“Saya doakan semua ahli keluarga Lana boleh membaca Al-Quan dengan baik dan lancar. Alhamdulillah.”

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Semoga keluarga Lana istiqamah menuju ke jalan yang diredhai Allah. Berkampunglah kalian di syurga kelak, InsyaAllah..Amin..”


Di sebalik ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarga ini, terdapat netizen yang mempersoalkan kedudukan guru yang seharusnya duduk pada kedudukan yang lebih tinggi dari penuntut ilmu.


“Lebih manis jika guru duduk lebih tinggi dari penuntut ilmu. Semoga dipermudahkan.”-komen seorang netizen

Tidak berdiam diri, Lana dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa guru-gurunya lebih selesa untuk dilayani sebegitu dan sangat merendah diri.

“Benda ni pun jadi masalah you jugak ya. Kapsyen saya punya la minta doa baik-baik, you comment macam ni pulak. Okay la lain kali saya tak akan post la apa-apa video lagi senang.

Masa saya kecil dulu, ustazah saya duduk je atas lantai sama-sama tak ada masalah pun. Tak ada istilah siapa lebih tinggi, dia pun manusia jugak.


Lagipun dia lebih selesa dilayani begitu dai diangkat tinggi, mana-mana cikgu pun macam tu kot. Tak tahu la cikgu awak amcam mana pulak kena layan dia. Teacher saya semua mudah dan merendah diri.”-balas Lana

Apa komen anda?

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-5-2024 10:33 PM
Kedudukan guru kena tinggi tempat duduk??.. baru ni aku tahu...
Quote Minahkucing 23-5-2024 10:38 PM
Huh . Merepek ape netizen ni. Klo kids ngaji pon dok bersila dgn cikgu. Pe beze nye
Quote pocongkiutss 24-5-2024 12:23 AM
Semua serba tak kena
Quote jasmeen 24-5-2024 12:29 AM
merapunye la netizen nk juga terpaling komen .kalau aku jadi si lana ni memang layaknye lah dikakikan
Quote jasmeen 24-5-2024 12:30 AM
dikakikan komen sampah sebegitu
Quote Coklatpanas 24-5-2024 08:05 AM
Kami mengaji elok je ustazah duduk seiring dengan anak murid
Quote Lulu_717 24-5-2024 08:11 AM
Netizen terpaling perfect. Agaknya kat sekolah anak dia duduk kat lantai kot masa cikgu mengajar.
Quote anilanil 24-5-2024 08:29 AM
Netizen yg komen tu umur 120 ke. Tun M yg nak dekat 100 pon tahu je zaman skrg dah berubah. Abis tu kalo ngaji online nak letak screen kat atas kepala mcm nengok bola kat kedai mamak ke? Ok je duduk camtu takde pon mcm meremehkan guru pon. Yg buat kelas online tapi cikgu je yg sorang2 online lagi biadap.
Quote helicornia 24-5-2024 09:13 AM
Abis klu tk bole duduk kt lantai mcm aku ni kaki susah nak lipat camne. Guru kena duduk atas meja ke
Quote prettyuglybabe 24-5-2024 10:45 AM
i tak peduli tang tinggi rendah tu..
tapi pada i, bukan ke lebih elok duduk setentang..
kan lebih mudah mengajar macam tu..
leher/badan pun tak sakit kena pusing/senget macam tu..
and duduk la kat meja supaya semua selesa..
dok bersila sejam mau lumpuh nak bangun..
tu pasal laki dia duduk tinggi kan..
tau pulak kaki kau kebas bersila lama..
Quote cruz2 24-5-2024 10:49 AM
Lana dgn sasha sama2 dok up cite laki mualaf belajar mengaji, bagus lah semoga istiqamah.
Terutama si sasha tu mcm bermusim kisah mengaji, solat semua tu
Quote sayurmayur88 24-5-2024 11:14 AM
merepek lah netz ni pon...sejak bila kedudukan tinggi rendah pulak...adoi
Quote nolya 24-5-2024 11:19 AM
Edited by nolya at 24-5-2024 11:23 AM

Manusia ni memang serba tak kena. Kalau anak murid selesa duduk di lantai, muqaddam letak atas meja rendah, guru pun sama selesa mengajar berduduk, tak de masalah. Suami Lana duduk begitu akan lebih selesa jika dia tukar memakai kain pelikat dn duduk bersila. Kalau dpt duduk atas kerusi--meja (dining table) itu akan lebih selesa. Mengaji iqra tak de lah lama sangat, paling lama pun setengah jam je...
Quote supernaturalee 24-5-2024 11:52 AM
ooo igtkan guru dia duk perati tok laki hotnya

Quote hokeypokey 24-5-2024 06:15 PM
tak tahu nk komen apa.. hmm tahniah jer lah.. tahniah sbb hidung, tahniah sbb belajar agama

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.139754 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top