CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tayang Karavan Mewah Yang Baru Dibeli, Warganet Teruja Lihat Shukri Yahya “Healing” Siap Dengan Ruang Memasak

23-5-2024 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6876| Komen: 21

Description: Pelakon terkenal, Shukri Yahya, sekali lagi mencuri perhatian para pengikutnya di media sosial dengan perkongsian terbarunya mengenai karavan mewah yang baru dibelinya.

Pelakon terkenal, Shukri Yahya, sekali lagi mencuri perhatian para pengikutnya di media sosial dengan perkongsian terbarunya mengenai karavan mewah yang baru dibelinya.

Video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram itu menampilkan kemewahan karavan tersebut, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti ruang memasak, tempat tidur, dan tandas.


Dalam video tersebut, Shukri kelihatan sedang sibuk mengemas beberapa kelengkapan di dalam karavan sambil memasang peralatan elektrik seperti televisyen. Keunikan dan keselesaan karavan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat dan pengikutnya.

Ruangan komen di kedua-dua platform media sosial itu dibanjiri dengan sokongan dan pujian daripada peminat. Rata-rata mereka menyokong usaha Shukri memiliki karavan tersebut, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk turut memiliki kenderaan serupa suatu hari nanti.


“Menarik kalau bawa pergi ‘shooting’ (penggambaran). Lepas ini bawa pergi stesen minyak Genting, baru gempak,” kata seorang peminat yang teruja dengan idea menggunakan karavan sebagai tempat rehat semasa penggambaran- tulis netizen.

“Untung, selepas ini tidak perlu tumpang rumah kawan lagi. Bagus kalau pelakon guna kenderaan seperti ini. Kadang-kadang penggambaran mengambil masa lama. Tidak perlu risau hendak balik rumah.” tulis netizen.

Karavan yang dimiliki oleh pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu itu tidak hanya menonjolkan kemewahan, tetapi juga menawarkan keselesaan dan kemudahan yang sangat diperlukan ketika menjalani kehidupan sebagai seorang pelakon yang sering terlibat dalam penggambaran di pelbagai lokasi.

Dengan ruang memasak yang lengkap, tempat tidur yang selesa, serta tandas yang memadai, karavan ini jelas memberikan kebebasan dan keselesaan yang diimpikan oleh ramai.


Shukri turut menunjukkan bagaimana dia mengemas dan menyediakan karavan tersebut, memberi inspirasi kepada ramai yang mungkin sedang mempertimbangkan gaya hidup serupa.

Di Malaysia, harga sebuah karavan boleh mencecah dari serendah RM60,000 sehingga RM200,000 seunit, bergantung kepada model dan kemudahan yang ditawarkan. Populariti karavan semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang gemar mengembara dan mahukan kebebasan dalam perjalanan mereka.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perils 23-5-2024 06:05 PM
Suka tgk (.)(.) Yg bsr lg tak?
Quote red_velvet 23-5-2024 06:12 PM
Waahh caravan .. best ni ... Aku n husband pun berangan nk beli , esok dah tinggal berdua kita jalan2 satu semenanjung malaysia dgn caravan je kata laki  aku..anak2 semua dah masuk U n kerja masa tu... Gituu weols berangan
Quote Manusiabesa 23-5-2024 06:13 PM
Perils replied at 23-5-2024 06:05 PM
Suka tgk (.)(.) Yg bsr lg tak?

Suka lah kott.. nenen bini xda. Bdn mcm papan.
Laki bini ni show off smua asset yg ada.boring dh lama unfollow tya. Aku dgn org flex2 jakun2 sgt ni aku muntah hijau 1 baldi. Nk kata lawa xlawa mana. Xcun pun bini nyeeer.
Quote nena9042 23-5-2024 08:01 PM
Diorang ni agak kuat show off tapi anak baik
Sopan & peramah budaknya
Quote imransulaiman 23-5-2024 09:13 PM
Chop! Chop! Chop! Yang baru jual apartment tu siapa? Aku keliru kejap! Hahahaha!

Nanti bila dia bawa caravan ni ke set penggambaran, mesti ada yang tumpang rehat atau pinjam toilet.. Atau director buat prop untuk beberapa babak...
Quote haruslah 23-5-2024 11:30 PM
Best nye ade caravan
Tp kan, kat malaysia ni byk lg ke tempat yg boleh 'park' caravan nak healing2
Byk dah jd hutan batu...shop lot je byk
Quote timah03 24-5-2024 12:19 AM
Tapi shuk ni mcm cepat bosan...
Hari tu beli machine coffee... Macam Hari2 buat coffee... Lepas tu dah lama tak buat... Tahu2 tak sampai 1 tahun rasanya dia dah jual balik...
Quote Cleocatra 24-5-2024 02:34 AM
Manusiabesa replied at 23-5-2024 06:13 PM
Suka lah kott.. nenen bini xda. Bdn mcm papan.
Laki bini ni show off smua asset yg ada.boring dh l ...

Bini dia si tya tu control cun sangat. Nak suka lebar pun kontrol takut sangat nampak gigi dia. Padahal pakai braces punya lama. Gigi pun dah ok.
Quote meah_kelabu 24-5-2024 08:00 AM
timah03 replied at 24-5-2024 12:19 AM
Tapi shuk ni mcm cepat bosan...
Hari tu beli machine coffee... Macam Hari2 buat coffee... Lepas tu d ...

hobi org bnyk duit mcm tu laaa

Quote helicornia 24-5-2024 09:19 AM
Sementara kawan sorang lagi abis segala harta dia jual.duniawi katanya
Quote nw111 24-5-2024 09:42 AM
Ok..i is konpius dia ni dgn yg jual kereta n rumah tu...mula2 baca tadi i dok terpikir dia ni  jual rmh beli caravan pulak... rupanya org yg berbeza..sorg sukri..sorg sharul..

Quote supernaturalee 24-5-2024 02:33 PM
nw111 replied at 24-5-2024 09:42 AM
Ok..i is konpius dia ni dgn yg jual kereta n rumah tu...mula2 baca tadi i dok terpikir dia ni  jual  ...

sorang lagi sengal


Quote nw111 24-5-2024 03:21 PM
supernaturalee replied at 24-5-2024 02:33 PM
sorang lagi sengal

Muka mcm sama je kan dua ni... tu yg i konpius...
Yg jual rmh tu tak active dah ye..dh berhijrah 9?
Quote nw111 24-5-2024 03:23 PM
imransulaiman replied at 23-5-2024 09:13 PM
Chop! Chop! Chop! Yang baru jual apartment tu siapa? Aku keliru kejap! Hahahaha!

Nanti bila dia baw ...

Haha.. ko mcm aku...aku ingat org sama yg jual rumah beli caravan.. rupa org berbeza
Quote syitaeyqa 24-5-2024 03:46 PM
best caravan ni. tp rasa mcm kat malaysia ni tak sesuai sgt guna caravan. tak cukup fasiliti, jalan pun tak berapa sesuai & takde campsite yg proper

i penah roadtrip campervan kat oz, best sbb kat sana utk roadtrip sgt sesuai. tempat cantik2 especially great ocean road, banyak sgt campsite yg proper & nice utk bersantai, fasiliti pun byk khas utk caravan.

msia should build more facility utk rekreasi mcm ni. mana tau boleh grow kan tourism & recreational
Quote hokeypokey 24-5-2024 06:21 PM
malaysia ni tak sesuai sgt bawak caravan, tapi sukati dia la duit dia kan
Quote SalenaGomez 24-5-2024 06:47 PM
nw111 replied at 24-5-2024 03:21 PM
Muka mcm sama je kan dua ni... tu yg i konpius...
Yg jual rmh tu tak active dah ye..dh berhijrah 9 ...

Rasanya pernah baca somewhere sharul ni ada start buat ladang. X psti ladang ternakan ka tanaman
Quote black_handbag 25-5-2024 04:56 PM
Manusiabesa replied at 23-5-2024 06:13 PM
Suka lah kott.. nenen bini xda. Bdn mcm papan.
Laki bini ni show off smua asset yg ada.boring dh l ...

kan kuat betul aura flex bini dia ni. nyaris2 nak unfollow juga. tp konon2 muslimah betul.solat pun kena tunjuk kat orang smbil nak flex rumah dan kawasan rumah. sambil ratib masya allah masya allah nikmat mana lagi untuk kudustakan

kuat show off ye bini dia. maklum ex stewardess kan. mesti flex kat kawan2 sekapal dia. walau tak kawin pilot tp kawin pelakon acah2 kaya tu..
Quote Hoola 25-5-2024 05:10 PM
acik2 porem lt atas few komen lakibini ni rajin flex

ye ke??euwwww geli ketiak achiikkkkkkk org suka flexxx
trus nmpk hadap kemurah2an
lex2 dh la oii

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048005 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top