Usahawan dan bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red meminta followers media sosialnya untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit paru-paru yang tular baru-baru ini. Hal tersebut demikian selepas tularnya sebuah hantaran di media sosial melihatkan bayi yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan itu dibawa menaiki motosikal bersama ibu dan bapanya untuk ke hospital bagi pemeriksaan. Oleh itu, Datuk Red berharap dengan followers hampir setengah juta yang dimiliki di akaun TikToknya itu, orang ramai mampu menghulurkan bantuan kepada keluarga serta bayi tersebut. "InshaAllah, Allahuakbar. Mai join abang, saudara-saudaraku. Apa guna abang ada followers hampir setengah juta kalau abang tak gunakan untuk kebaikan."
Dalam pada itu, usahawan ini turut berkata dirinya akan ke Kedah bagi berjumpa dengan keluarga terbabit untuk menyampaikan sedikit bantuan semampunya memandangkan Datuk Red sendiri dalam perjalanan ke beberapa tempat atas tujuan kerja. Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji sikap Datuk Red yang menggunakan media sosialnya dengan tujuan mulia bagi membantu mereka yang memerlukan. "Jangan tanya kenapa ramai orang support Abang Red salah satu ini lah sebabnya suka tolong orang walhal abang red sendiri pun dalam kesusahan." "Terbaik Abang Red, sentiasa ingat orang yang lebih memerlukan, semoga abang Red dimurahkan rezeki." SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
Minami2013 replied at 23-5-2024 06:40 PM
Dah setengah juta follower dia.. pelik2 org skrg ni
laksmanabentan replied at 23-5-2024 11:17 AM
acik2 birah.. kepam... pprt uollss yang follow tuh...
acik2 gomen yang minor tu semua... hahahahha ...
L.U.S.M replied at 23-5-2024 06:14 PM
Sorry la..once a scammer always a scammer..aku xcaya laa ko punya charity tu..duit 30k ko tu dh smpi ...
annehuda replied at 23-5-2024 10:22 PM
Selalunye yg aku selalu dengar sblm declare bankrap ni siap2 pindah nama harta pd bini. Mcm si sawie ...
laksmanabentan replied at 23-5-2024 07:17 PM
acik2 birah.. kepam... pprt uollss yang follow tuh...
acik2 gomen yang minor tu semua... hahahahha ...
noor2 replied at 23-5-2024 06:56 PM
Duit tu disalurkan kepada Red ni dulu ke atau red ni suruh direct ke acct mak pak budak tu?...
laksmanabentan replied at 23-5-2024 07:17 PM
acik2 birah.. kepam... pprt uollss yang follow tuh...
acik2 gomen yang minor tu semua... hahahahha ...
awekjepun replied at 23-5-2024 11:48 AM
Klo direct bagus la . Suruh followers derma rm1 ke akaun ayah baby tu.. dpt rm setengah juta
aciksenah replied at 24-5-2024 03:15 AM
Mula dah kutip sumbangan pulak..red flag betul. Netizen tak belajar ke dari kes2 sebelum ni. Ramai y ...
ADVERTISEMENT