Melalui laman TikTok baru-baru ini, seorang wanita berasal dari Jakarta, Indonesia memuji harga makanan di pusat membeli-belah di Malaysia yang dikatakan jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan negaranya. Kata wanita terbabit, dengan RM10, dia sudah boleh membeli satu juadah yang mengenyangkan dan jika di Jakarta, dia perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk beli makanan dalam mall. Dalam video tersebut, wanita yang juga merupakan seorang pelajar itu membawa penonton ke Medan Tuanku untuk makan di sebuah restoran yang ada di pusat membeli-belah. Dapat dilihat, harga-harga makanan di restoran tersebut sangat berpatutan dan saiz hidangan juga mengenyangkan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia sendiri tidak tahu lokasi restoran tersebut dan berterima kasih kepada wanita terbabit. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
Gunama replied at 30-5-2024 06:01 PM
X penah suke nasi lemak. Time aku kecik je aku makan sbb kena paksa, mak dah masak.
Gunama replied at 30-5-2024 06:01 PM
X penah suke nasi lemak. Time aku kecik je aku makan sbb kena paksa, mak dah masak.
Decaffeinated replied at 30-5-2024 11:04 PM
Aku pun dulu tak suka tapi now slow2 dah boleh terima. Makanya aku faham apa yang ko cakap. Kekada ...
akies replied at 31-5-2024 07:14 AM
Stail pakai tudung bawal dah mcm
Org msia