Ucapan aktres berasal dari Sabah, Bella Astillah untuk teman lelaki adiknya, Didi Astillah iaitu Diniey Ng baru-baru ini mengundang rasa sebak ramai. Menerusi TikTok tular rakaman ucapan Bella bersempena dengan ulang tahun kelahiran lelaki itu yang disambut dengan keluarga. Seorang demi seorang memberikan ucapan masing-masing termasuklah anak Bella, Ayden dan ketika tiba giliran amtres itu, ucapannya membuatkan suasana menjadi sebak. Bella memulakan ucapan dengan berterima kasih kepada Diniey kerana bersabar dengan Didi yang disifatkan panas baran dan dia berharap agar lelaki itu tidak berubah.
"Kak Long happy sebab Didi dapat lelaki yang sabar. Sebab Kak Long kenal macam mana perangai adik adik Kak Long. Mereka ini tak ada kesabaran." Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian berkata dia tidak mengharapkan insan yang akan menjaga adiknya kelak menjadi seorang yang kaya raya. Katanya, cukuplah menjadi insan yang menyayangi adiknya, setia dan hormat pada keluarga. "Cukuplah Kak Long je yang gagal dalam perkahwinan, taknak adik lalui benda yang sama. Cuma Kak Long harap jangan sebelum kahwin jelah (bersabar) dan jangan pernah berubah." SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
myhairisbad replied at 23-5-2024 05:13 PM
Idk la.. birthday or special day orang lain ni tak perlu kot selit2 tentang diri kita pula. Just kee ...
myhairisbad replied at 23-5-2024 05:13 PM
Idk la.. birthday or special day orang lain ni tak perlu kot selit2 tentang diri kita pula. Just kee ...
ADVERTISEMENT