Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal dengan penganjuran acara ‘speed dating’ yang sedang hangat diperkatakan di media sosial pada ketika ini. Kata Ustazah Asma’ di TikTok miliknya, acara itu tidak mengikut ajaran yang ditetapkan agama Islam dan dia juga merasa sedih melihat ramai orang Islam menyertai program itu. "Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan." "Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib." Ujarnya lagi, meskipun ramai yang mempertahankan penganjuran acara bertemu orang tidak dikenali untuk mencari jodoh itu, namun seseorang muslim perlulah mengikut cara yang betul.
|
jejaka_hensem replied at 23-5-2024 08:05 AM
Satu je silap speed dating ni,dia tak gunakan nama2 yg lebih islamic.
A-Are replied at 23-5-2024 03:40 PM
i olls kenal husband kat tinder je...mana2 yg memudahkan utk golongan2 mcm i olls yg payah na nak ju ...
pocongkiutss replied at 23-5-2024 04:51 PM
Beraninya chuols..bape lama dh kawin ye?
Sbb situ mcm ramai yg tak serius jer kan..camana uols fi ...
dua_chzy replied at 23-5-2024 04:43 PM
Bukan ada ke speed dating Islamik? Macam ada tau. Tapi tapasti lokal ka non lokal punya agensi.
jejaka_hensem replied at 23-5-2024 09:23 AM
Ada tapi tak kena kacau,kan mcm speed dating ni kan?
sebab guna ayat2 islamik,ala2 ada cop halal : ...