CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya tidak terlibat serangan Balai Polis Ulu Tiram – Pengasas bersama JI

23-5-2024 05:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19890| Komen: 11

Description: PETALING JAYA – Pengasas bersama Jemaah Islamiyah (JI), Abu Bakar Bashir menegaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, 17 Mei lalu.

PETALING JAYA – Pengasas bersama Jemaah Islamiyah (JI), Abu Bakar Bashir menegaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, 17 Mei lalu.

Dalam video yang dihantar oleh anaknya, Abdul Rahim Bashir kepada sebuah portal berita tempatan, Abu Bakar turut mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai bertentangan dengan prinsip agama Islam.

Malah, Abu Bakar juga menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam serangan tersebut.

“Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan (di Balai Polis Ulu Tiram). Saya tidak tahu mengenainya dan sangat terkejut selepas mendengar berita tentang kejadian tersebut.

“Sesiapa sahaja yang menuduh atau cuba untuk mengaitkan saya dengan serangan tersebut, mereka berbohong dan saya akan ajak mereka untuk buktikannya di hadapan Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar turut menasihati anak muda agar tidak mengambil tindakan keras dan sewenang-wenangnya melabel orang lain sebagai kafir tanpa berlandaskan al-Quran.

“Membunuh bukanlah satu ajaran dalam Islam. Dalam Islam, apabila ada satu situasi berlaku, sudah cukup jika kita mempertahankan agama dengan dakwah dan doa, bukannya dengan membunuh atau mengebom,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, dua anggota polis, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi.

Suspek berusia 21 tahun maut ditembak manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan kini stabil setelah dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pada awalnya, suspek berusia 21 tahun itu disyaki mempunyai kaitan dengan JI berdasarkan pembabitan bapanya yang juga ahli kumpulan pengganas berkenaan.

Allahyarham Azza Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor di Perak pada pukul 7.20 malam Sabtu lalu, manakala Allahyarham Muhamad Syafiq pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 8, Jalan Gambang, Kuantan di Pahang pada pukul 5.50 petang hari yang sama.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek perlu berjauhan dari kubur orang awam yang lain.

Jenazah suspek dilaporkan dikebumikan pada jam 12.15 tengah hari, pada Isnin di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram. 

Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 22-5-2024 11:58 PM
Memang takde kaitan dengan JI atau mana2 organisasi pun.

Tapi kejadian ni diambil kesempatan oleh rejim Madanon untuk buruk-burukkan gerakan Islam supaya jadi lesen untuk Madanon guna kuasa polis menjatuhkan parti lawan.

Tu je sebenarnya.
Quote otai_g 23-5-2024 12:35 AM
Itulah, pakai parang ni bukan style ji. Ji biasanya guna bom Dan bergerak secara berkumpulan.

Jd Kes baru menimbulkan tanda Tanya, apa sbnr2nya yg terjadi?
Quote sharlenetexas 23-5-2024 02:58 AM
Adakah disebabkan oleh anasir yang anti nasional?


Quote AbukRokok 23-5-2024 07:19 AM
otai_g replied at 23-5-2024 12:35 AM
Itulah, pakai parang ni bukan style ji. Ji biasanya guna bom Dan bergerak secara berkumpulan.

Jd Ke ...

Adala tu motif lain... Sampai jabatan agama pulaukn mayat org mati dri mayat lain.

Low minded mmg akan tunduk je apa yg kerajaan kata
Quote A-Are 23-5-2024 08:13 AM
jadi apa motif pembunuh polis tu...da abes siasat belum
Quote batmana 23-5-2024 08:17 AM
Abu Bakar Bashir ni dulu aktif menentang Pancasila Indonesia tu..tu yg  selalu kene target jadi terroris..

Serupalah Israel Hamas..rata2 PPRT je percaya Hamas ni pejuang Palestin..padahal Hamas ni dari zionis juga..tanpa penglibatan Hamas.takdela Israel bole dptkn tanah Palestin dgn berperang..

Musuh ciptaan sendiri..
Quote nazzse 23-5-2024 10:35 AM
Banyak plak kes2 pelik tahun ni sejak takhta paling tinggi diambil alih
Quote tripleid 23-5-2024 11:57 AM
Quote Skuau 23-5-2024 09:33 PM
tripleid replied at 23-5-2024 11:57 AM


apa yg ko buat ni..semakin membuktikan kata2 perwira 2022 tu benar...walhal xde sapa yg tahu motif penyerang tu untuk dikaitan dgn mana2 'pelampau'.
Quote Mary_jane 23-5-2024 11:19 PM
Dan apa pula kaitan dua pelajar ipt yang datang balai buat report sebelum serangan berlaku?
Quote ejans 24-5-2024 01:16 AM
nazzse replied at 23-5-2024 10:35 AM
Banyak plak kes2 pelik tahun ni sejak takhta paling tinggi diambil alih

Pastu dkt jhr pulakk tuu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055798 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top