CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya 'disihir' berpunca daripada percakapan sendiri' - Ustaz Kazim dedah punca dirinya disihir, orang tu datang mengaku

22-5-2024 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8364| Komen: 50

Description: Kuala Lumpur : Penceramah juga pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52, mendedahkan beliau disihir seseorang lebih 25 tahun lalu berpunca daripada percakapannya yang membuatkan in ...

Kuala Lumpur : Penceramah juga pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52, mendedahkan beliau disihir seseorang lebih 25 tahun lalu berpunca daripada percakapannya yang membuatkan individu terbabit terasa hati.

Ustaz Kazim ditemui berkata, beliau mengetahuinya daripada pengakuan dibuat sendiri oleh individu yang menghantar sihir berkenaan ketika datang bertemu dengannya untuk memohon maaf.

"Kali pertama saya kena sihir pada 1997, yang berpunca daripada percakapan saya sendiri. Ketika itu, saya masih muda, mungkin jadi penceramah yang garang sebab terlalu bersemangat dan lantang apabila berkata-kata.

"Saya tak sangka juga mungkin ada yang saya terlepas cakap ketika itu sehingga buat dia (individu berkenaan) marah. Jadi, apabila dapat tahu orang itu, saya tanya kepadanya mengapa bertindak sampai menyihir saya? Dia (orang itu) cakap, terasa hati dengan apa saya kata ketika hadir dalam ceramah saya.


"Tapi, saya tak tahu langsung perkara itu sebab apa yang saya cakap dalam ceramah ketika itu adalah secara umum saja. Tak tuju pada sesiapa pun, tapi dia (orang itu) dah terasa hati. Saya juga tidak kenal peribadinya," katanya kepada Harian Metro ketika hadir pada sesi fotografi filem Zim Zim Ala Kazim lakonannya di Studio NSTP, Balai Berita, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Kazim, belajar daripada pengalaman itu membuatkan beliau kini mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati ketika bercakap di dalam ceramahnya, termasuk memberi komen berhubung isu-isu yang muncul.

"Selain pantang dalam penjagaan makanan harian saya, pada masa sama, saya juga perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang lain terasa hati. Sekarang, saya ambil keputusan sangat berhati-hati.

"Malah, kesan daripada santau dialami itu, saya perlu jaga makan yang sampai sekarang tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau saya termakan juga, mesti badan akan jadi sakit dan perut saya pedih," katanya.

Ujar Ustaz Kazim, sehubungan itu beliau mengingatkan golongan penceramah dan pendakwah muda masa kini agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam melontarkan kata-kata mereka ketika berceramah.

"Saya mohon kepada penceramah dan pendakwah muda baharu yang aktif berceramah kepada masyarakat agar berhati-hati dalam melontarkan kata-kata mereka ketika berceramah kerana kita tidak tahu ia mampu membuatkan orang lain terasa hati.

"Pada kita, mungkin apa yang diperkatakan atau disampaikan itu untuk kebaikan, namun kita tidak tahu ia mungkin kurang baik didengar oleh orang lain dan menyebabkan hingga terasa hati. Jadi, berhati-hatilah ketika bercakap," katanya yang menjayakan watak dalam filem Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun depan.

Mengulas juga mengenai filem lakonannya, Ustaz Kazim memaklumkan karya Zim Zim Ala Kazim itu mengangkat kisah benar dirinya kira-kira 70 peratus yang menjadi mangsa perbuatan ilmu hitam atau sihir.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 22-5-2024 06:37 PM
Dia ni at least dlm setahun sekali mesti sembang psl dia kena sihir.apa pekdah nyer tahh
Quote kaedahnya 22-5-2024 06:41 PM
ustaz lain takda sembang kena sihir punn. dia tak gi darul ulum ke darul syifa ke berubat?
Quote airfilterkotor 22-5-2024 06:42 PM
Yang dia sembang bumi tak berputar, takdenyerr ahli sains nak terasa hati pun.
Quote jazaa100 22-5-2024 07:31 PM
Edited by jazaa100 at 22-5-2024 07:33 PM

Blm move on lg ke ustaz....
Aku pun penah kena, tapi anggap je Allah dah tentukan....klu Allah tak approved, takkn menjadi ustaz oiii....

Allah dah aturkn perjalanan hidup mcm tu...
Kena sihir, pastu rawat diri sendiri, tak blh minum air tebu, blablabla.....
Quote jfq 22-5-2024 07:39 PM
Kenapa la mamat tu tak sihir ahli politik yg suka cakap sindir2 lagi berbaloi2
Quote green~tea 22-5-2024 07:51 PM
Terpaling victim
Quote supernaturalee 22-5-2024 07:52 PM
Pnjg lg ni
Smpi filem tu hbs tayang kot br senyap
Tu pun caya lh kejap je

Quote syamzana 22-5-2024 07:52 PM
laaahaiii kesudahannya promote muvi cerita sendiri plak tu
beralih bidang ke ustaz
Quote chilly 22-5-2024 07:54 PM
Sihir dan ustaz ni sinonim amat ye. Aku rasa ramai ustaz yang ada sekarang bila bercakap tak berlapik jenis cakap ikut sedap mulut je, tak kena sihir ke?
Quote Perwira2022 22-5-2024 08:30 PM
Nampak sangat mamat ni very sihir oriented. Orang yg macam ni biasanya suka berdrama &play victim.
Quote MissVixen 22-5-2024 11:13 PM
Entah le. Ustaz lain kena sihir, diorang rawat sendiri je. Pesakit yang asyik kena sihir pun aku dengar ustaz/perawat ajar cara rawat sendiri dan banyakkan ibadah. Setat kazim ni lain macam. Dengan kes anak meliwat tapi pergi hantar jordan etc tu, susah aku nak percaya dan dengar ceramah dia. Kesian aku dengar kisah tekanan mangsa dan ibu mangsa tu.
Quote Gunama 22-5-2024 11:20 PM
UstaZZZZzzzz….cite recycle ker?
Quote Carcosa 22-5-2024 11:37 PM
Dia ni asyik merempannn je ek? Bila merempan, mesti psl penyakit dia tu. Buhsaaannn.
Makanan yg dia kena pantang tu, taklah membebankan pun, pd meols.
Kambing, Rebung, Limau Nipis, Air Tebu.
Apoooooo?? Senang gila kot nak pantang. Lainlah kalau kena elak nasik, mee, pedas2, herba2, haaa time tu kau boleh merempan.
Gila glamour jugak ek Atuk ni. Kemahen berlakon bagai.
Quote ultra78 22-5-2024 11:53 PM
Punca masalah adalah budaya melayu itu sendiri. Bila tak setuju dengan sesuatu perkara,orang tu senyap atau cakap berlapis berkias bagai padahal kononnya nak jaga hati orang tapi dalam hati sendiri panas terbakar. Lepas tu cari bomoh untuk kenakan orang yang buat dia marah tu. Orang putih kalau tak puas hati terus cakap direct to the face kenapa dia tak setuju. Takde BS kat depan lain,belakang lain.
Quote Decaffeinated 22-5-2024 11:57 PM
Selagi ada yang melayan.
Quote sayurmayur88 23-5-2024 07:24 AM
iolls ada soft spot ngan ustaz Kazim..
semoga sehat2 selalu hendaknya
Quote grouper 23-5-2024 07:46 AM
Edited by grouper at 23-5-2024 07:47 AM

Klau bercakap  benda yg betul buat apa nak takut..berani kerana benar..contoh liwat tu salah lagi menjijikkan..x kan sebab nak jaga hati golongan gay takut diorg santau  dh takut nak cakap dah
Quote B40tastePosh 23-5-2024 07:55 AM
Ustaz  ni bukan boleh percaya sangat

1. Ada tahfiz sendiri
2. Ahli umno
3. Ada kes rogol and ahli keluarga terlibat rogol/cabul

Perangai UMNO
1. Suka buat syarikat/perniagaan utk manipulasi sistem
2. Ahli umno
3. Kaki perempuan/kaki ngeseks
Quote B40tastePosh 23-5-2024 07:55 AM
Ustaz  ni bukan boleh percaya sangat

1. Ada tahfiz sendiri
2. Ahli umno
3. Ada kes rogol and ahli keluarga terlibat rogol/cabul

Perangai UMNO
1. Suka buat syarikat/perniagaan utk manipulasi sistem
2. Ahli umno
3. Kaki perempuan/kaki ngeseks.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top