CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di AS

22-5-2024 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6000| Komen: 10

Description: KUALA LUMPUR: Hartawan kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng atau lebih dikenali sebagai Hock Tan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menerima gaji paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) pada 2023, ...

KUALA LUMPUR: Hartawan kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng atau lebih dikenali sebagai Hock Tan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menerima gaji paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) pada 2023, demikian menurut analisis daripada The Wall Street Journal (WSJ).

Gaji yang yang diterima Presiden dan CEO syarikat semikonduktor global, Broadcom Inc itu mengatasi CEO firma gergasi lain di AS termasuk Tim Cook (Apple), Elon Musk (Tesla) dan Mark Zuckerberg (Meta).

Laporan analisis daripada WSJ itu menyatakan bahawa Hock Tan menerima ganjaran sekitar AS$162 juta (RM760 juta) pada tahun lalu.

Namun, ganjaran itu bersyarat kerana beliau hanya akan menerima jumlah penuh jika saham syarikatnya itu mencapai paras tertentu menjelang 2025.

Broadcom berkata bahawa gaji Hock Tan juga bergantung kepada pengekalan dalam peranannya selama lima tahun lagi dan menjelaskan bahawa belian tidak akan mendapat apa-apa lagi ekuiti atau bonus tunai sehingga tempoh itu berakhir.


Saham syarikat semikonduktor itu meningkat 27 peratus tahun ini dan 106 peratus sejak 12 bulan lalu, meningkatkan jumlah permodalan pasarannya kepada AS$655 bilion (RM3.07 trilion).

Hock Tan sebelum ini pernah mendahului senarai WSJ pada 2017, apabila beliau diberikan ganjaran sebanyak AS$103 juta (RM483 juta).

Dua CEO lain membuat gaji sembilan angka pada 2023, menurut analisis WSJ itu adalah Nikesh Arora dari Palo Alto Networks dan Steve Schwarzman dari Blackstone.

Arora memperoleh AS$151 juta (RM709 juta), kebanyakannya dalam bentuk geran saham meliputi tiga tahun akan datang, manakala Schwarzman yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan sokongan terhadap bekas Presiden AS, Donald Trump memperoleh AS$120 juta (RM563 juta).

Saham dalam Palo Alto Networks dan Blackstone masing-masing melonjak 110 peratus dan 54 peratus pada tahun lalu.

Hock Tan dilahirkan di Pulau Pinang pada 1951 sebelum menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada 1971.

Beliau juga memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Harvard beberapa tahun kemudian.

Sebelum berhijrah ke AS, Hock Tan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Hume Industries di Malaysia dari 1983 hingga 1988 sebelum menyertai Pacven Investment, sebuah dana modal teroka di Singapura dari 1988 hingga 1992.

Beliau kemudiannya menjadi CEO Integrated Circuit Systems Inc. Apabila syarikat dijual kepada Integrated Device Technology Inc, beliau menjadi Pengerusi syarikat itu.

Hock Tan kemudiannya diambil untuk menerajui sebuah syarikat baharu, Avago yang dicipta susulan pembelian saham persendirian oleh Semiconductor Products Group daripada Agilent Technologies pada 2005.

Pada 2015, beliau menggabungkan syarikat itu dengan Broadcom Corporation susulan satu pengambilalihan, membolehkan pembentukan Broadcom Inc yang diketuainya sehingga kini.

Februari lalu, beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Meta.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-5-2024 05:23 PM
Ingatkan kuarga dini yg kaya tu
Quote Kitty_catz 22-5-2024 05:26 PM
claim jgn tak claim

satgi umah konoha claim...
Quote ultra78 22-5-2024 05:32 PM
Perlu ke claim? Dia dah jadi warganegara amerika
Quote Decaffeinated 22-5-2024 11:59 PM
Nasib baik dah migrate. Kalau tak masih sibuk bergelut nak minta masuk UiTM.
Quote nirose 23-5-2024 12:19 AM
Gaji 9 angka.. aku nak dpt 4 angka pun tercungap hahaha..
Quote Cleocatra 23-5-2024 01:34 AM
Ceo tu. Impian Hanis Haizi nak berlakikan hanya pangkat ceo. Tapi yang dapat niggah waiter…kasihan…
Quote sharlenetexas 23-5-2024 02:47 AM
Ingatkan ex colleague iols tapi bila tgk tahun lahir mmg bukan dialah.


Quote batmana 23-5-2024 08:22 AM
Esok lagi 100tahun ada penempatan kat Marikh..nnti tulis
CEO kelahiran planet Marikh terima gaji tertinggi plak

Semua benda nk claim
Quote ultra78 23-5-2024 08:29 AM
Decaffeinated replied at 22-5-2024 11:59 PM
Nasib baik dah migrate. Kalau tak masih sibuk bergelut nak minta masuk UiTM.

Pengajarannya adalah kalau ada opportunity di luar negara,grab aje. Berjuta rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di luar negara. Sudah sampai waktu utk Malaysia benarkan dual citizenship utk kekang masalah brain drain untuk sektor professional. Mulakan dengan negara maju. UK,US, Jerman & Australia.
Quote kepompong 23-5-2024 09:14 AM
Cleocatra replied at 23-5-2024 01:34 AM
Ceo tu. Impian Hanis Haizi nak berlakikan hanya pangkat ceo. Tapi yang dapat niggah waiter…kasihan ...

tuh dah sampai yues sana . Cepatlah flaunt susu lembu kot tersangkut

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042727 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top