|
Tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang sangat bermakna bukan sahaja kepada guru tetapi kepada anak murid juga. Waktu inilah, anak murid berpeluang menzahirkan rasa terima kasih kepada cikgu yang sudah bertungkus lumus mendidik mereka selama ini. Pelbagai hadiah yang diberikan kepada cikgu, kan? Tak kiralah murah atau mahal, yang penting murid dan ibu bapa memberinya seikhlas hati. Tetapi lain pula kisah apabila seorang isteri kepada cikgu mengaku ada sesetengah hadiah yang diberikan murid dibuang begitu sahaja. Contoh hadiah yang dibuang adalah frame gambar dan barangan daripada kedai RM2. Loading FB Post...
Dia secara jujur meninggalkan komen berkata, kepalanya pening melihat hadiah yang diterima suami berlonggok di rumah. "Bagus ibu. Saya isteri guru, suka dapat benda-benda makanan macam ni. Saya boleh masak. Cikgu lelaki ni dapat hadiah dari murid bukan kisah sangat pun. Depa bawa balik dan longgok dekat rumah." "Kita yang wife ni yang pening tengok. Dapat frame ke barang-barang RM2 saya buang je. Pening tengok kalau banyak sangat. Dapat jam dinding kedai 2 ringgit ada juga gunanya. Dapat limau nipis, bunga kantan, lada, cili bungkus plastik pasar pun ok. Saya suka." Difahamkan, komen ini diberikan kepada seorang ibu yang menghadiahkan makanan kepada guru-guru sekolah anak. Kredit: Facebook zahiruddin.juatin/OhMedia |
drivethru replied at 22-5-2024 10:18 AM
Terlalu ikut trend. Sbb takut anak.malu tak bagi apa2, terpaksa beli benda yg murah. Asal kan beli. ...
nw111 replied at 22-5-2024 11:02 AM
I buang door gift org kawin..kalau makanan ok...kalau benda lain mmg i buang.. kadang2 i tak ambik p ...


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 06:04 PM GMT+8 , Processed in 2.314853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.