BENTONG – Tertuduh lelaki dalam kes memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands memberitahu Mahkamah Majistret, di sini hari ini bahawa mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun lokasi tersebut sudah penuh. Terdahulu, seorang ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; peniaga kedai makan, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; pegawai khidmat pelanggan, Nur Fatin Irdina Shahrulnizam, 24, dan pembantu pergigian, Nur Anis Salleh, 24, dituduh di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua telah sepakat bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands, kira-kira pukul 1.30 pagi, pada 12 Mei lalu. Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain dan dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.
Pada prosiding tersebut, Majistret Nadhratun Naiem Zainan mempersoalkan tindakan yang dilakukan tertuduh tersebut sebelum Fadhli Zil Ikram mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh. Justeru itu, mereka bertindak memasak di kawasan stesen minyak berkenaan dan beranggapan tempat mereka memasak itu adalah jauh dari ‘nozel’ minyak dan berada di laluan ke tandas. Sementara tertuduh kedua, Nur Fatin berkata perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana mereka telah lapar tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan. Loading FB Post... Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: Kosmo |
syamzana replied at 22-5-2024 10:10 AM
dah macam naik mahkamah syariah plak full black dress blake
iols kalau lapar nak set up itu in ...
shernazz replied at 22-5-2024 11:13 AM
Dia tak tau Ada megi cup ke apa?
Adoi la...
Nak jugak masak.ala ala pengembara
kaedahnya replied at 22-5-2024 11:26 AM
bagi alasan macam tu boleh ringankan hukuman ke apa. diaorang tertangkap sebab upload kat media sosi ...
green~tea replied at 22-5-2024 11:34 AM
I think its the latter... diorang buat bodoh jeeee abaikan usaha2 pekerja stesen minyak tegur kela ...
ADVERTISEMENT