Sebelum ini, pempengaruh Abang Tesla dilihat mengajukan soalan kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan tentang berita kehamilan madunya, Marissa Dania. Berikutan daripada pertanyaan tersebut, rata-rata netizen menyelar tindakan Abang Tesla kerana mengajukan soalan yang sensitif kepada Misya. Terbaru, di Instagram Story, Abang Tesla sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Kali ini, dia memberitahu bahawa Misya dan isterinya merupakan seorang wanita yang luar biasa kerana menjaga aib suami masing-masing dan tidak menaip perkara yang tidak baik di media sosial. Tambah Abang Tesla, bukan semua individu tahu apa yang isteri pertama lalui dan mengalah. "Saya berdiri untuk Umisya. Yang kutuk-kutuk cakap bukan-bukan korang bukan tahu apa yang isteri pertama lalui. Dah banyak benda mereka mengalah. Dia hanya bercerita dengan kawan-kawan yang terdekat sahaja."
"Bukan macam sesetengah orang. Sikit-sikit viral kan laki sendiri. Saya mengaku saya orang yang tak baik. Tapi asbab isteri saya sangat menjaga aib saya. Saya nampak baik." "Sebenarnya mereka inilah yang luar biasa. Boleh menahan diri dari menaip bukan-bukan dari media." Terdahulu, Aslam, Misya, Abang Tesla dan isterinya Nurmajdina Jamari dilihat kerap meluangkan masa bersama dan bercuti di Singapura. Sumber: Abang Tesla/OhBulan |
hokeypokey replied at 23-5-2024 03:26 AM
si tesla ni nk jadi caprice ke
kerani_je replied at 3-6-2024 10:00 PM
Si tesla ni dengan rupa mamat jawa nye, suara pun jawa..Perangai pulak kmpung dot com..mencapub t ...
hokeypokey replied at 6-6-2024 04:02 PM
takut kena boikot ler tu kalau bawak keluar bini no 2, tu yg gigih tayang no 1.. netizen kan simpa ...
kerani_je replied at 6-6-2024 04:17 PM
Bini tesla no 1 n misya dua2 buduh sebenarnye..Hadap sgt la laki yg dah mmg curang..Mmg bini no 1 ...
ADVERTISEMENT