CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tomok Terhibur Baca Berita Lama Peminat Marah Jika Bercinta Dengan Siti Nordiana

22-5-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12500| Komen: 17



Penyanyi Tomok berasa terhibur selepas membaca semula sebuah berita lama yang disiarkan pada tahun 2000 apabila ada peminat yang marah jika dia menjalin hubungan cinta dengan rakan seindustri, Siti Nordiana.

Menerusi hantaran di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, berseloroh meminta peminat yang dimaksudkan dalam berita terbabit untuk tampil mengaku dirinya.


"Siapalah agaknya peminat-peminat yang marah dulu ini. Baik korang mengaku cepat. Ini zaman majalah MANGGA ni memang tak boleh lupa lah."

Bagaimanapun kata pelantun lagu Arjuna itu, kejadian tersebut sudah lama berlaku dan percaya peminatnya pada masa kini lebih matang.

"Headline pun korang boleh tengok sendiri. Kalau setakat kena baling telur semua tu dah biasa ya. Siapalah punya kerja itu. Tapi itu dulu kan, kalau 2024 ni semua dah okay kan?"

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut berasa terhibur melihat berita tersebut.

Berita yang disiarkan dalam sebuah majalah tempatan itu menyatakan gandingan Tomok dan Siti Nordiana hanya untuk tujuan sesi fotografi semata-mata. Malah, meminta peminat kedua penyanyi itu agar tidak salah faham.

Sumber: Instagram/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-5-2024 09:58 AM
Lain nya muka Siti Nana dlm tu.
Yg edit gambar dkt paper tu pun, alaahai. Satu gelap satu terang. Mcm bontot dia jugak agaknya.
Tak kemas betul buat kerja
Quote Shayang 22-5-2024 11:22 AM
Carcosa replied at 22-5-2024 09:58 AM
Lain nya muka Siti Nana dlm tu.
Yg edit gambar dkt paper tu pun, alaahai. Satu gelap satu terang. Mc ...

Edit buh tudung tu, tp oklah tudung yg bebetul tudung selalunya org conteng ngn pen jaa
Tp tulaa kaler beza plak haha
Quote jalfa 22-5-2024 12:05 PM
Member aku la agaknya yg marah tu..haha cerita circa tahun 2000 kot masa kat uitm..sibuk je ajak aku gi raya rumah tomok...haha mesti member tu malu sebab pernah minat gila babi dengan tomok...
Quote pakwetizzaqyah 22-5-2024 04:06 PM
muka tomok mcm angka sawan negara tu kan
Quote AnggunSophea 22-5-2024 04:15 PM
Bukti dulu lagi dah wujud taksubers
Quote tsui87 22-5-2024 06:19 PM
aku masih ingat lagi kat majalah Mangga Tomok pakai rantai huruf S peminat dia ingat tu nama Siti Nordiana padahal tu nama sebenar Tomok Shah Indrawan
Quote kaedahnya 22-5-2024 06:27 PM
tomok & naqiu macam tak ambik pot hal gaduh 4 sekawan vs nana tu ye
Quote aammyy 22-5-2024 07:14 PM
kaedahnya replied at 22-5-2024 06:27 PM
tomok & naqiu macam tak ambik pot hal gaduh 4 sekawan vs nana tu ye

Dorang satu label ke?
Quote annadonna 22-5-2024 07:16 PM
kaedahnya replied at 22-5-2024 06:27 PM
tomok & naqiu macam tak ambik pot hal gaduh 4 sekawan vs nana tu ye

Kalau benar anak jantan dorang mmg tak ambik pot. Yg ambik pot tu namanya pondan.
Quote izat123 22-5-2024 07:20 PM
annadonna replied at 22-5-2024 07:16 PM
Kalau benar anak jantan dorang mmg tak ambik pot. Yg ambik pot tu namanya pondan.

Mengata Lan Solo ke? Hahaha pondannn
Quote kaedahnya 22-5-2024 08:10 PM
aammyy replied at 22-5-2024 07:14 PM
Dorang satu label ke?

entohh hahhaha. tapi yang pasti antara pergaduhan paling bimbo sesama manusia. sampai hari ni tam paham kenapa nak buat live. dan lagi tam paham kenapa yang 2 orang tu boleh join. aku tak paham proses pemikiran depa cemana lol.
Quote kaedahnya 22-5-2024 10:10 PM
annadonna replied at 22-5-2024 07:16 PM
Kalau benar anak jantan dorang mmg tak ambik pot. Yg ambik pot tu namanya pondan.

or maybe boleh handle dengan lagi baik kot kalu bini dah menyampah dengan kawan baik. entohlaa.
Quote dewi_rina 23-5-2024 09:28 AM
Tak sesuai!
Quote epullipan 23-5-2024 09:30 AM
teringat zaman 2000 ~ 2001..budak kelas aku pompuan semua sibuk mengaku makwe tomok..alahai~~ skang sekor pon takde kawin ngn tomok
Quote vanillaninja 23-5-2024 10:43 AM
Teringat pulak kisah anak murid mak I yang kena bantai dengan penyapu dengan mak sheols sebab sheols ponteng sekolah and naik bus nak tengok show New Boyz.

Dah anak berapa dah sheols ya
Quote chinta89 23-5-2024 10:47 AM
zaman Tomok dlu mmg dia win gila, posmen x hantar surat kat rumah sb terlalu banyak. tomok kena g ambik sendiri kat pejabat pos. berguni2 surat sehari, hadiah jgn ckp la, tak terkira wehhh
Quote Lulu_717 23-5-2024 03:49 PM
Kitorang dulu blumba2 cari boyfriend rambut cam tomok hahahahahah..bodoh nye la kalau ingat balik.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042173 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top