CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Red Selesa Tidur Dalam Kereta - “Saya kini selesa tinggal dan tidur di dalam kereta. Tiada masalah pun"

22-5-2024 12:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17472| Komen: 58



Usahawan, Datuk Red yang juga bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi berkata dia selesa tidur dalam kereta serta sedang biasakan diri selepas bercerai dengan dua isterinya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Datuk Red berkata dia mampu untuk menyewa rumah namun dalam proses mengajar dirinya serta meminta orang ramai tidak perlu risau akan dirinya.

“Saya kini selesa tinggal dan tidur di dalam kereta. Tiada masalah pun. Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan yang baik. Jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua.

“Saya juga berkemampuan untuk menyewa rumah atau bilik, cuma sekarang nak biasakan dan mengajar diri saja. Semua ini (bercerai) masih baharu berlaku pada Selasa lalu,” katanya.

Menurut Datuk Red lagi, dia menerima banyak mesej daripada orang ramai yang menawarkan bantuan mahu memberikan tempat tinggal namun dia menolak secara baik.


“Terima kasih banyak-banyak. Bukan saya tak mahu, tetapi saya malas nak susahkan orang. Saya juga semakin selesa begini.

“Lagi pun, sebuah bilik yang saya sewa untuk dijadikan ruang perniagaan, kini di dalam proses ubah suai lagi dan sebabkan itu jugalah saya terpaksa bermalam dalam kereta,” katanya.

Minggu lalu, Datuk Red akhirnya berpisah dengan isteri pertama iaitu Datin Red. Sebelum ini, rumah tangganya dengan Adira juga berakhir selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

SUMBER: Harian Metro/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-5-2024 12:42 AM
Dia memang betul2 jatuh ter duduk or content semata2
Quote mawarika 22-5-2024 12:55 AM
Halahh halahh halahhh… terpaling la kau ni.  
Quote doubleA 22-5-2024 01:04 AM
Dia ni penyanyi soundtrack ke? Berlakon drama tv3? Retis realiti show?

Kalau semua di atas bukan bukak benang scammer ni kt bod personaliti sendu tu
Quote allshares 22-5-2024 02:39 AM
Perniagaan paling mudah buat duit=jual simpati
Quote ReginaGeorge 22-5-2024 05:50 AM
Gigihnya lahai yg nak bg bantuan kat penipu muka jamban ni. Drpd tolong dia, baik tolong mangsa scammer
Quote asfaz 22-5-2024 06:29 AM
Kata2 seorang scammer. Mana tau ada yg offer rumah free kan
Quote Shayang 22-5-2024 06:55 AM
Takyah la bg umah dia sendiri kn ckp ada je umah sewa tp tgh renovate
Tp sengaja pilih tidur lam keta padahal bleh je sewa hotel oyo ke apa.
Dah la takyah beria sgt, dia pun boleh je tidur kat umah mana2 bini dia tu
Belum abis iddah tu tak silap bleh je duk serumah
Quote kakakgarang 22-5-2024 08:12 AM
Perawankota replied at 22-5-2024 12:42 AM
Dia memang betul2 jatuh ter duduk or content semata2

Mo heolls nk nmpk jatuh terduduk meibi
Quote noor2 22-5-2024 08:26 AM
Dah kau juga yg viral keadaan diri kau tidur dlm kereta, itu la, ini la, x de duit la, bila org nk bantu ko pulak yg kata x de masalah..x payah bantu...nampak sgt ko mmg nak bantuan...jijik ...jenis mengharap bantuan masyarakat,  jenis kuat berdrama minta simpati...jenis suka meviral kisah hidup sendiri demi DUIT dari MASYARAKAT..
Quote makneng 22-5-2024 09:04 AM
Lantaklah situ. Malas kesian.
Quote emera 22-5-2024 09:05 AM
Dh pandai dh buat content terpaling.
Quote I.K.A888990 22-5-2024 09:12 AM
terpaling scammer baik ni ramai oulak yg nak tlg kan
menyampah giler
Quote bungarose 22-5-2024 09:26 AM
Bosanler dengan mamat nih
Ader ajer isu dia create nak raih raser kesian
Time ngko duit banyak rituh, takder laks ngko sedar diri
Quote Hoola 22-5-2024 09:42 AM
haih la datukkkkkkkkkkk
ermmmmmmm
Quote imransulaiman 22-5-2024 09:52 AM
Yang offer bagi tempat berteduh tu pernah pegang duit berjuta ke?
Quote drivethru 22-5-2024 09:53 AM
Tak habis2 meraih simpati. Dari kesian jadi menyampah pulak.
Quote Carcosa 22-5-2024 10:02 AM
Eh si binatang ni.
Me me me me je ek engko? Kau selesa, abih anak2 engko yg bersusun mcm askar Viet Chong tu, cemana??? Dah pancut sperm low quality sana sini, business haram makan duit haram, bankrupt, bini2 lari, kau selesa duduk dlm kereta???
Abis anak2 engko tu kau tak pikir nak makan apa, nak tinggal kat mana?? Ex wife je kena sediakan tempat tinggal diorang. Sial lah jantan muka busuk ni.
Seriously eh, kalau ada jgk betina bodoh, yg sambut dia lepas ni, aku xtau lah level apa lagi aku nak ckp betina tu. Jantan ni bukan je red flag, dia dah sampai tahap red hell!! DATO RED HELL.
Quote scarflicious 22-5-2024 10:05 AM
Nak pujuk adira ler tu...
Quote L.U.S.M 22-5-2024 10:16 AM
Bukan retis bukan org penting bukan hensem bukan baik pun
So tidur la mana ko nk tidur..kesah plak semua benda nk cite..pfft

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042698 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top