CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bila Free Hair Suruh Pakai Tudung, Bila Dah Bertudung Suruh Buka Pula” - Fazlina Ahmad Daud

21-5-2024 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14904| Komen: 28

Description: Pelakon senior Fazlina Ahmad Daud meluahkan rasa kesal apabila ada pihak produksi memintanya untuk membuka tudung meskipun tahu dia sudah berhijab sepenuhnya.

Pelakon senior Fazlina Ahmad Daud meluahkan rasa kesal apabila ada pihak produksi memintanya untuk membuka tudung meskipun tahu dia sudah berhijab sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazlina berkata dia juga turut hairan kerana perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. 


“Bila tidak bertudung, mereka suruh pakai tudung. Bila dah bertudung mereka suruh membuka tudung pula. Apa punya industri,” tulisnya.

Sementara itu, Fazlina turut mendedahkan isu lain yang perlu dihadapinya antaranya kronisme selain pihak produksi mendiamkan diri walaupun telah bersetuju, tiada bajet dan pelbagai lagi karenah.

Bagaimanapun, Fazlina berkata dia reda seandainya tidak diberikan tawaran kerja serta percaya bahawa ada rezeki lain yang diberikan oleh Tuhan.

“Ya! Benda merepek aku kena hadap. Macam-macam peel (perangai) orang industri sekarang. Suruh buka tudung la, kroni la, dah setuju tapi senyap, tiada bajet la. Eh macam-macam la. Tiada tawaran kerja tiada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain,” tulisnya.

Perkongsian Fazlina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan-rakan artis yang turut bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 22-5-2024 07:19 AM
Patut dari awal kerja kilang ke kerja opis ke kerja supermarket ke; weiii I tak nak wei masuk bidang entertainment; tapi if banyak duit buat iklan orang bayar yes; jadi pelakon sepenuh masa banyak penat dan stress kepala; dgn pondan ramai jadi mua; dgn macam macam hal; masa muda tak apalah; dah tua tua tak ada orang nak ambil sangat; dgn pelakon perempuan banyak botox muka jadi berubah seram; macam macam hal; sekian bebel di Wesak Day opis coti hihi.
Quote makneng 22-5-2024 09:03 AM
Kau buat apa yang Allah perintah. Simple kan?
Quote Rogue98 22-5-2024 09:45 AM
Kau dah senior...tau hukum...takkan masih nak merempan benda basic ni...
Quote Carcosa 22-5-2024 10:08 AM
Sebab tu masa sekolah, belajar rajin2. Ada education bagus, kerja pun baguslah, paham ka Acik? Education tara beser beser je, kerje pun beser beser loooo
Gaji pun beser beser looo. Kena deal pun dgn org yg otak grade beser beser loooo
Nasib baik la Acik ni bertiang2 better drpd sisthur Acik yg muka menggerutu terpaling gali tu. Haaaa, so saya hencap Acik sikit-sikit, kadhang-kadhang aje
Quote nylliette 22-5-2024 10:31 AM
alah mkcik benda senang fikir pun nak dipeningkan. kau ikut cakap produksi ke ikut perintah Allah.
Quote krustykrab 22-5-2024 10:55 AM
Sb tu iols tk paham bila retis muda2 tgh memuncak nama tiba2 bertudung sb dok ikut netizen. Ko bertudung tp still nk dok dlm industri hiburan. Lepas 2-3 tahun kalau tudung tk terbang pun, makin singkat tudung, baju makin ketat, yg pelakon still ambik watak yg tah apa2, yg penyanyi masih dok melalak dgn dada terjojol, baju ketat segala.
Cth terbaru syasya dollah tu, tiba2 je bertudung tp bila tgk kat media sosial masih lagi tk puas tergedik2.
Quote nolya 22-5-2024 11:32 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 22-5-2024 07:19 AM
Patut dari awal kerja kilang ke kerja opis ke kerja supermarket ke; weiii I tak nak wei masuk bidang ...

Kita tidak boleh menilai pakaian kita dgn pakaian orang lain. Sebhgn orang, rezeki sudah dijalur itu maka di situlah warna hidup dn nafkahnya. Dlm bidang kerjaya apapun tetap ada cabaran, serba tak kena dn menyempatkan orang untuk mengata. Begitulah ragam manusia.  Menjadi yg lurus bendul pun dikatai 'bodoh, jujur sangat maka mudah dipermainkan. Kalau akulah, memang aku tak akan bagi muka, aku blah....'.  Tapi kita lupa bahawa dia adalah dia, dia bukan kita. Kesedaran dn nilaian tidak sama, di situlah bezanya.
Quote nolya 22-5-2024 12:09 PM
Carcosa replied at 22-5-2024 10:08 AM
Sebab tu masa sekolah, belajar rajin2. Ada education bagus, kerja pun baguslah, paham ka Acik? Educa ...

Sabar, syukur dn  Alhamdulillah dgn apa yg kita ada, jgnlah hencap tuah nasib orang lain. Rezeki Allah itu luas, yg halal ada, yg haram pun ada, tinggal memilih.

Makayah sering peringatkan anak2 supaya rajin blj demi meraih pendptn yg menjaminkan. Tapi jgn lupa,bukan semua anak mampu menjadi pandai. Pandai atau 'boleh la...', atau lemah dlm pembelajaran adalah anugerah kebijaksanaan dn daya pemikiran yg Allah anugerahkan kpd seseorang. Sape yg tak nak pandai. Sape yg tak suka kerja dlm pejabat berhawa dingin. Sape yg tak nak jadi 'tuan' yg boleh perintah orang lain buat itu-ini. Akan tetapi, adaya insan2 yg tidak terlalu pandai, yg kerjayanya setakat cukup makan itulah yg merancakkan pentas hidup manusia. Jgn lupa, kekurangan seseorang memberi kelebihan kpd kita, begitulah sebaliknya,  jadi seimbang.

Quote pocongkiutss 22-5-2024 12:22 PM
Acik ni cuma meluahkan perasaan je..nyampah tul dgn acik porem terpaling
Quote Incanto 22-5-2024 12:26 PM
aku suka tgk dia berlakun, tak over macam ahkak dia

aku pun tak paham kenapa suruh dia buka tudung, dia berlakun watak mak mak , nenek

lain lah kalau berlakun watak mak yg goda anak hekan
Quote jambatannetizen 22-5-2024 12:35 PM
Carcosa replied at 22-5-2024 10:08 AM
Sebab tu masa sekolah, belajar rajin2. Ada education bagus, kerja pun baguslah, paham ka Acik? Educa ...

“Kena deal pun dgn org yg otak grade beser beser loooo” ???????

Meols tak setuju. Orang macam ini mana2 je ada. Sama ada you dalam sector hiburan ke apa2. Jangan kan sebab kena belajar rajin2, kalau kerja, tak campur orang begini. You salah.
Quote kucingitam 22-5-2024 12:37 PM
yela..produksi pun.. masa dia tak bertudung, kau suruh dia berlakon bertudung.. bila dah bertudung kau suruh buka pula..mana acik tu tak hangin...
Quote jambatannetizen 22-5-2024 12:38 PM
nolya replied at 22-5-2024 11:32 AM
Kita tidak boleh menilai pakaian kita dgn pakaian orang lain. Sebhgn orang, rezeki sudah dijalur i ...

Ya. Betul. Bidang apa-apa pun akan ada orang macM ini. Forumer itu salah lah stereotype, bukan sebab belajar tak rajin, kita AKAN jumpa orang begitu. Mana2 bidang akan wujud orang macam ini. Benda ini based on your personality kot. Bukan education.
Quote jambatannetizen 22-5-2024 12:40 PM
krustykrab replied at 22-5-2024 10:55 AM
Sb tu iols tk paham bila retis muda2 tgh memuncak nama tiba2 bertudung sb dok ikut netizen. Ko bertu ...

Syasya Dolla itu lagi beberapa tahun, dia akan jadi macam Mawar Rashid. Itu masa je itu. Settle down cepat sangat. Padahal tak ready. Konon dah taubat pakai tudung. Meols nak gelak je. Tengok lagi beberapa tahun.
Quote HappyGumbira 22-5-2024 12:57 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 22-5-2024 07:19 AM
Patut dari awal kerja kilang ke kerja opis ke kerja supermarket ke; weiii I tak nak wei masuk bidang ...

Iols setuju..macam pelakon amirul effendi? Ye la heols rupa tak de nak jd hero, buat bisnes ikan , ptanian. Time xde job blakon fokus la dgn bussiness dia. Time blakon cuti la jap gi blakon dulu. At least masa xblakon pun ttp ada income. Tp ye la..bussiness ikan & ptanian tak glamor. Bukan sumer artis nak keje gitu
Quote Sazreena 22-5-2024 01:24 PM
HappyGumbira replied at 22-5-2024 12:57 PM
Iols setuju..macam pelakon amirul effendi? Ye la heols rupa tak de nak jd hero, buat bisnes ikan , ...

Walaupun bidang tak glemer tapi masyuk ooo. Member aku tanam cili je tapi bulan-bulan belas ribu gak la masuknya. Itu tanam small scale je pun. Orang mcm Amirul tu kira pandai manage duit. Dia muka tak iso tapi bakat dia org tau bagus. Mcm rosyam pun tak harap duit berlakon je. Nasib la bijak sikit.
Quote Kurex 22-5-2024 03:30 PM
iols suka dia berlakon..
Quote orglama 22-5-2024 03:46 PM
nolya replied at 22-5-2024 12:09 PM
Sabar, syukur dn  Alhamdulillah dgn apa yg kita ada, jgnlah hencap tuah nasib orang lain. Rezeki A ...

Komen yg bernas
Quote matjerk 22-5-2024 03:51 PM
Umur mcm makcik ni... klu disuruh bukak tudung, tak perlu lah makcik layankan.. makcik bukan LMK, Msyitah, emma maembong, mawar ex ipar Dr Fazley.... makcik ni dah masuk kategori kena ikut acik2 taman g kuliah dhuha dah hari2...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.236240 second(s), 67 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top