CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Mati Pun Kalau Batalkan Kontrak, Miskin Sangat Ke?” – Lana Nodin

21-5-2024 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16032| Komen: 32



Susulan gerakan Blockout2024 yang dilakukan, pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir selebriti yang masih takut untuk melepaskan kontrak dengan jenama yang diboikot.

Memetik Xtra, Lana berkata ramai model di luar negara sanggup membatalkan kontrak kerana ada sifat kemanusiaan. Malah, Lana berkata sebagai umat Islam perlu percaya bahawa rezeki datang dari Tuhan.

“Sepatutnya tak perlu sokong, kita boikot seperti produk mereka, sepatutnya artis-artis Malaysia juga memainkan peranan penting. Tak perlu sokong lagi.

“Sebagai contoh model luar sanggup batal kontrak semata ada sifat kemanusiaan. Tak mati pun tak pakai jenama tersebut, saya pun ada juga jenama tersebut tapi kini tidak lagi beli.

“Tapi jika masih sokong dan guna dan berpendapat itu adalah sumber rezeki, bukan begitu. Rezeki bukan datang dari mereka, dari Tuhan, percaya padaNya,” katanya.


Sementara itu, Lana berkata golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai dalam gerakan berkenaan serta tidak perlu bimbang mengenai soal rezeki.

“Tolong sedar sikit, jangan jadi bodoh, kita sebagai artis, orang tengok kita, sebagai selebriti kita adalah idola mereka. Jadilah model terbaik untuk semua.

“Tak mati pun kalau batalkan kontrak tersebut, miskin sangat ke? Kita takkan miskin, miskin lagi kanak-kanak di Palestin yang masih kebuluran. Lepaskan saja, Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih bagus. Percayalah,” katanya.

SUMBER: Xtra/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-5-2024 12:35 AM
Dah knp muka dia mcm muka kartun???
Quote noor2 22-5-2024 12:36 AM
AI yg x real lagi real dari muka Lana ni....
Quote doubleA 22-5-2024 01:01 AM
Bukan sebab miskin, tapi tamak
Quote imransulaiman 22-5-2024 02:19 AM
Betul lah tu miskin. Nak suruh batal kontrak dan bayar balik memang mereka akan jadi double miskin! Apatah lagi kalau dah terguna duit yang dorang dapat.

Ringgit vs. Dollar tuuuhhh!
Quote Carcosa 22-5-2024 10:12 AM
Edit lagi bagi kempis shape muka engko tu, Lanat.
Edit lagi, tak cukup kurus tirus tu. Edit sampai jadi sehelai je muka engko
Quote noor2 22-5-2024 10:42 AM
Dah macam muka sarah bedak nyonya...
Quote oneechon 22-5-2024 11:12 AM
boikot je retis yang still keje, sedih tengok apa yang dirasai rakyat palestin
Quote Rogue98 22-5-2024 11:38 AM
Kalau ada yg nak ambik dia jadi duta mesti dia paling kedepan memekak marahkan blockout...
Quote jalfa 22-5-2024 11:50 AM
Ye la...acik lana ngan acik rita mmg artis ada prinsip.netizen tau dah lama circa covid 19 lagi..
Quote bottombikini 22-5-2024 12:22 PM
beriye sgt filter
dah mcm muka acu keluarga islander lak
Quote Sazreena 22-5-2024 01:26 PM
Engko bunyik sbb masyuk...ce stok ngemis keje..
Quote dua_chzy 22-5-2024 01:29 PM
Ironinya Lana Nodin pula yang bersuara pasal ni.
Quote hokeypokey 22-5-2024 01:37 PM
lainnye muka ko skrg, hampir tak kenal tadi
Quote DeLuna85 22-5-2024 01:39 PM
Batalkan kontrak dorang la yang kena bayar. Melainkan produk tu sendiri yg nak batalkan.
Quote naina 22-5-2024 01:54 PM
Mana maunya batal kontrak
Nikmat dunia tu bermewah2
Quote ReginaGeorge 22-5-2024 01:59 PM
Boleh la cakap sebab takda org bg ko job. Kalu dia yang dapat kontrak, mesti dia tak cakap mcm ni tp takda yg nak amik dia jadi ba mahupun fo.
Quote HoneyManjer 22-5-2024 02:38 PM
acik lana bila bertudum?
Quote pakwetizzaqyah 22-5-2024 04:09 PM
takkan nak jadi duta super ring lak
Quote nolya 22-5-2024 04:17 PM
Sama tak kalau diibaratkan spt money politic, masa kempen beri duit pegundi ambik tapi tak semestinya memberi undi kpd yg sudah 'membayar'. Any similariti?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052095 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top