Penyanyi dan pelakon, Atilia mengakui untuk menolak produk pro-Israel tidak semudah disangkakan lebih-lebih lagi buat individu yang cari makan dengan membuat kerja suara latar atau voice over sepertinya. Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron,50, berkata kebiasaannya hanya selepas tiba di studio sahaja dia diberi penerangan terperinci berkenaan produk atau perkhidmatan yang memerlukan suaranya. “Saya tak mahu menipu, saya perlu bekerja untuk mendapatkan duit sebab saya bukan seorang yang kaya. “Lagi pun saya tidak berkahwin dan saya berseorangan, jadi saya hanya memiliki diri sendiri dan keluarga saya, jadi susah untuk saya cakap ‘tidak’. “Katakan ada pihak menyuruh saya lakukan voice over, saya dari kecil buat suara latar iklan, jadi apabila sampai studio itu baru saya tahu produk itu adalah produk apa,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah penyanyi Cinta Sampai Mati itu, pengalaman membuat suara latar iklan selama dua dekad membuatkannya sukar menolak tawaran tersebut. “Saya sebagai seorang yang melakukan suara latar iklan selama 20 tahun, takkan saya jumpa ‘client’ dan menolak tawaran sesuka hati. “Perkara itu buat Allah marah, sebab kita tak hormat kerja kita kerana bakat ini Allah yang berikan. “Jadi isu ini agak rumit, kita pandai-pandailah terima perkara mana yang boleh buat dan tidak boleh buat. Jangan cakaplah tolak 100 peratus, mesti ada juga orang ambil kerja jenama besar (pro-Israel) ini,” ujarnya. Berkongsi lanjut, Atilia mengakui lebih mementingkan kualiti kerja dari jumlah pendapatan yang diterima kerana sudah diajar dari kecil untuk melakukan sesuatu kerja dengan bersunggguh-sungguh. “Saya lebih utamakan kualiti kerja, bukan amaun dari segi wang ringgit yang diterima. “Jika melakukan sesuatu kerja kena lakukan bersunguh-sungguh. Memang saya sudah diajar daripada dulu sikap sebegini,” katanya. Perkembangan terbaharu, Atilia membintangi teater Najis Jadi Teman yang akan berlangsung pada 22 Jun 2024 di IWK Eco Park Pantai Dalam. Teater muzikal arahan Razif Hashim turut membariskan pelakon Alfred Loh dan Phraveen Arikiah serta dibantu anak-anak dari Yayasan Chow Kit iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sumber - KOSMO! ONLINE |
bedahmenjuyah replied at 22-5-2024 05:51 AM
Dan dan kau petik nama Allah ye nek. Maths pun fail. Umur 50. Kata kerja sejak kecik tiba2 baru 20 t ...
cm_vungtau replied at 22-5-2024 05:55 AM
Acik kepam amuk ugut nak boikot orang guna Instagram dan Facebook. Reramai unfollow kat instragra ...
Shayang replied at 22-5-2024 08:00 AM
Taktau plak dia dh bercerai lagi,
Sazreena replied at 22-5-2024 01:17 PM
Jangan nak membongak la. Ko leh je tanya tu job apa sapa client masa audio house call untuk booking ...
Hypothetically replied at 22-5-2024 12:46 PM
Bukan ke dia ni guru yoga juga?? Tapi apa yg aku baca yoga ni pun byk unsur spiritual hindu, setiap ...
ADVERTISEMENT