ALOR SETAR – Ibu bapa kepada bayi yang tular di media sosial kerana dibawa menaiki motosikal dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan tidak menyangka kisah mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Mohd. Azlan Ishak, 36, kesudian Perdana Menteri untuk membantu merupakan rahmat besar buat keluarganya memandangkan kehidupan mereka sememangnya susah. Katanya, tidak ramai yang mengetahui bahawa dia dan isteri, Norhidayu Halim, 35, hanya mempunyai wang sebanyak RM12 sahaja di dalam poket ketika membawa bayi, Mohd. Aariz Zafran berusia 11 bulan ke hospital pada hari gambar mereka ditularkan. “Saya bekerja sebagai pembantu pelantar ikan di Kuala Kedah dengan pendapatan harian antara RM30 hingga RM50 sehari. Baru-baru ini saya diserang demam campak dan tidak dapat bekerja selama 12 hari. “Memasuki hari ketiga saya tidak bekerja, segala barangan keperluan terdiri daripada makanan, lampin pakai buang dan susu anak kehabisan. Kami kemudiannya bergegas mendapatkan bantuan segera dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan diberikan wang RM150.
“Wang itulah yang kami belanjakan untuk membeli semua barang keperluan tersebut. Pada hari kami perlu membawa anak ke hospital, bakinya cuma tinggal RM12 dan itulah saja yang ada di dalam poket sewaktu gambar kami diambil beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Kota Nelayan, di sini hari ini. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi dalam laman media sosialnya memaklumkan, kisah keluarga itu mendapat perhatian Perdana Menteri bagi dibantu untuk menambah baik kehidupan mereka. Sumber – KOSMO! ONLINE |
kaedahnya replied at 22-5-2024 07:13 AM
semoga nasib keluarga ni jadi lebih baik lepas dibantu perdana menteri. paling penting anak depa dap ...
white_musk replied at 22-5-2024 12:42 AM
Kalau tambah anak bagus juga. Anak tu rezeki...
Insyaallah..
Tinot7 replied at 22-5-2024 10:04 AM
Bini keje apa?
Carcosa replied at 22-5-2024 10:16 AM
Bini dia tak kerje. Sbb kena jaga budak yg sakit ni.
4 lagi anak, tinggal dgn nenek satu lagi. Sbb ...
Tinot7 replied at 22-5-2024 10:21 AM
Dah duit ciput, camne bleh ada anak ramai2?
ADVERTISEMENT