CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seram! Kepala paip keluar suara puntianak mengilai

21-5-2024 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15013| Komen: 34


JAKARTA  – Kepala paip pada dinding bilik mandi di sebuah rumah di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengeluarkan bunyi mirip puntianak mengilai, lapor portal berita Banjarmasin Post semalam.

Bunyi  menakutkan itu membuatkan pemilik rumah terkejut dan panik.

Klip  video tentang kepala paip mengeluarkan bunyi seram itu boleh ditonton di platform TikTok menggunakan akaun @alynn20. Rakaman itu menjadi tular pada Sabtu lalu.


Pada permulaan rakaman, tidak ada yang aneh ketika kepala paip itu dibuka.

Namun, ketika hendak ditutup, ia mengeluarkan bunyi seperti puntianak sedang ketawa.

Pelbagai cara dilakukan pemilik rumah seperti memukul dan menekan kepala paip supaya suara unik tersebut hilang.


Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan, suara mirip ketawa puntianak itu kembali bergema sehingga netizen menyarankan supaya kepala paip itu diganti dengan segera. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 21-5-2024 11:50 PM
i punya rumah sewa lagi seram. malam2 pukul 12 angin tiup dari bilik air
masuk ke bilik tido ada bunyi woooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote Samerosie 22-5-2024 07:42 AM
gigahertz replied at 21-5-2024 11:50 PM
i punya rumah sewa lagi seram. malam2 pukul 12 angin tiup dari bilik air
masuk ke bilik tido ada bu ...

Tak tutup pintu bilik air ke? Tingkap bilik air pun x tutup?
Quote kotakbaju 22-5-2024 07:47 AM
Bunyi mengilai betul ke malas pulak nak play video (padahal penakut)
Quote Samerosie 22-5-2024 07:52 AM
kotakbaju replied at 22-5-2024 07:47 AM
Bunyi mengilai betul ke  malas pulak nak play video (padahal penakut)

Bunyi mcm budak ketawa kalau tenfok xiter kartun yg ala2 sebenarnya org besar tp buat sora budak2,  camtu la pada iols.
Quote SalenaGomez 22-5-2024 07:57 AM
Adehhhh gini pon jadi cite seram ke konoha ni. Dulu kat rumah nenek SG paip berbunyi gini juga. Dlm tu maybe ada berkarat ke atau ada part yg rosak. Tukar paip baru terus ok je. Tukar tu sbb malas nak cari punca bunyi /kerosakan

Simple as that je. Xdelah misteri nusantara sangat pon
Quote noor2 22-5-2024 07:59 AM
Bengong....
Quote kitaserupaaa 22-5-2024 08:00 AM
Pontianak tu pelawak ke ngilai mcm tu?
Quote Dwdrum 22-5-2024 08:53 AM
Edited by Dwdrum at 21-5-2024 04:55 PM

Itu bunyi binatang.... Sepatut nya yang percaya takot hantu ini perlu tinggal rumah ber dekatan zoo.... Lagi menakut kan dari tinggal di dekat kubor...
Quote grouper 22-5-2024 09:20 AM
Nama benda ni water hammer. Klau kat paip agihan besar tepi jalan pasang air valve xde la kesan water hammer...dlm umah pun boleh pasang air valve nak hilang kan bunyi pelik2 n bagi aliran air lancar
Quote Carcosa 22-5-2024 10:19 AM
Edited by Carcosa at 22-5-2024 10:20 AM

Mengilai apa babi? Mengilai pun taktau mcmana ke?
Bagus la paip tu bunyik2 gitu, perompak pun takut. Yindog kan byk maling
Or, kalau laki kau bwk betina lain masuk rumah utk selingkuh, gelak2 mcm tu dlm bilik, engko akan ingat tu bunyik paip engko
Quote kotakbaju 22-5-2024 11:02 AM
Samerosie replied at 22-5-2024 07:52 AM
Bunyi mcm budak ketawa kalau tenfok xiter kartun yg ala2 sebenarnya org besar tp buat sora budak2, ...

Bila uols cakap camni baru iols berani sikit play video.

Alahai, itu kan bunyi yang dalam paip tu. Bunyi kalau ada tekanan angin ke karat ke dalam tu. Indon indon.
Quote _blackbird 22-5-2024 11:40 AM
gigahertz replied at 21-5-2024 11:50 PM
i punya rumah sewa lagi seram. malam2 pukul 12 angin tiup dari bilik air
masuk ke bilik tido ada bu ...

benda ni biasa lagi2 kalau duduk condo level tinggi. lagi tinggi lagi kuat bunyi woooo wooooo nya. mmg mcm bunyi hantu.
dulu rumah aku kat ttdi, land house, lagi best, ko tgh sorg2 kat rumah ni, dengar air pipe terbuka, dengar kelentang kentung sudip berlaga dengan kuali kat dapur, dgr bunyi org lagi kejar2 gedebak gedebuk kat tingkat atas.
Quote ctaz 22-5-2024 11:57 AM
apa ke bangang....
tukar la kepala paip hanat....
bapak berkarat dah tu....
antu jugak nak disalahkan

konoha...konoha...
Quote kotakbaju 22-5-2024 01:51 PM
_blackbird replied at 22-5-2024 11:40 AM
benda ni biasa lagi2 kalau duduk condo level tinggi. lagi tinggi lagi kuat bunyi woooo wooooo nya. ...

dah tu uols tak takut ke mau iols la dah lari tak cukup lantai nak pijak keluar dari rumah tu. Tobat nak masuk lagi dah rumah
Quote ultra78 22-5-2024 01:53 PM
Ada pontianak dalam kepala paip tu...
Quote _blackbird 22-5-2024 01:54 PM
kotakbaju replied at 22-5-2024 01:51 PM
dah tu uols tak takut ke mau iols la dah lari tak cukup lantai nak pijak keluar dari  ...

aku duduk situ 4thn juga . hehehe selagi takda penampakan ke tarik selimut ke ok je, bunyi2 tu aku tak heran sgt.
Quote hokeypokey 22-5-2024 01:58 PM
seramnya paip air ko hahahahahaha aku terhibur
Quote dua_chzy 22-5-2024 02:16 PM
Bukan camtu bunyi mengilai.

Bunyi mengilai yang aiol pernah dengar mirip bunyi pontianak dalam filim Kami Histeria tu.
Quote lucky_peace 22-5-2024 02:24 PM
Mcm bunyi kepala paip kt opis iols je hah, bunyi mengekek-ngekek… i siap gelak sama2 lagi time tu tutup kepala paip mesti bunyi mengekek..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041320 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top