CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia hantar Mohamad Sabu ke Iran hadiri pengebumian Presiden Raisi

21-5-2024 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14790| Komen: 34


PETALING JAYA – Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia akan tetap dipelihara lantas diperkukuh.

Jaminan itu diberikan Mohammad Mokhber selepas dihubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Hari ini saya telah menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber dan merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian yang maut dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu.

“Mokhber merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah sementalahan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi,”tulisnya di laman Facebook.

Anwar berkata, Mohammad Mokhber turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran.


Pada perbualan itu juga, Anwar sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian pada tahun lepas di New York dan Riyadh.

“Saya telah memberi jaminan kepada Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepemimpinan almarhum Presiden sebelum ini.

“Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang Menteri kanan (Mohamad Sabu) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian almarhum Presiden Raisi,”ujarnya.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 22-5-2024 12:39 AM
[fbv]357388764007421[/fbv]
Quote mojarean_X 22-5-2024 12:41 AM
Mmmm.....nape md sabu? Obvious sgt
Quote Perwira2022 22-5-2024 05:05 AM
Seronok bang mat. Alang2 ke sana boleh layan nikah mut'ah 3,4 hari
Quote eizarz 22-5-2024 06:49 AM
mat..mat…golimat…golimat..
Quote arnauld 22-5-2024 08:05 AM
#matsabupmxi
Quote Carcosa 22-5-2024 10:21 AM
Mcm ni je wakil Malaya?
Haihhhh lemah.
Quote L.U.S.M 22-5-2024 10:22 AM
Sah sah la ketua syiah dtg melawat..erm..gila betul..bkn menteri luar negeri..bkn wakil kedutaan..beriya hantar si mamat gendut spm xlepas ni pakai duit rakyat plak tu..
Quote aina_shaira 22-5-2024 10:37 AM
Takde ke yang cerdik sikit boleh htr pegi
Quote nusaraya 22-5-2024 10:44 AM
Edited by nusaraya at 22-5-2024 10:45 AM

Woow... begitu pentingnya Iran di mata umah bani tamim melayu mahawangsa  sehingga mengutus  putra  mahkota dan timbalan Imam Mahdinya ke Iran unuk menghadiri upacara pemakamam presiden Iran ..... Hehehe
Quote ctaz 22-5-2024 12:04 PM
hantar mat sabu sebab dia aliran shiah....
tu sebab dia yg dihantar ke sana....
bukan sebab dia ada NUR politik

korng semua apa tahu....
Quote Skuau 22-5-2024 12:07 PM
ctaz replied at 22-5-2024 12:04 PM
hantar mat sabu sebab dia aliran shiah....
tu sebab dia yg dihantar ke sana....
bukan sebab dia ada  ...

kita semua pura2 tak tau la....
Quote Skuau 22-5-2024 12:08 PM
Perwira2022 replied at 22-5-2024 05:05 AM
Seronok bang mat. Alang2 ke sana boleh layan nikah mut'ah 3,4 hari

jgn pulok dia berguling kt sana...
Quote Yoonggi 22-5-2024 01:26 PM
knp bkn menteri luar?
Quote Goodluckdontcry 22-5-2024 01:33 PM
Terang lg bersuluh torchlight... kehkehkeh
Quote jfq 22-5-2024 02:02 PM
Presiden meninggal
Hantar level menteri pertanian ajee?
Not at par
Quote AbukRokok 22-5-2024 09:17 PM
jfq replied at 22-5-2024 02:02 PM
Presiden meninggal
Hantar level menteri pertanian ajee?
Not at par

Pmx terlalu sibuk dengan urusan domestik yg lebih penting sampai kne buat perutusan khas kat tv
Quote krustykrab 22-5-2024 10:19 PM
Agak2 mat sabun takut tak naik flight ke sana nnnt
Quote Decaffeinated 22-5-2024 11:08 PM

ada mirip la.

versi muda sikit.

Quote Decaffeinated 22-5-2024 11:10 PM
jfq replied at 22-5-2024 02:02 PM
Presiden meninggal
Hantar level menteri pertanian ajee?
Not at par

"Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang Menteri kanan (Mohamad Sabu) ke Iran"


Portfolio dia mungkin pertanian je tap dia 'kanan' dalam leadership.


Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064011 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top