TOKYO – Seorang wanita berusia 64 tahun ditahan kerana menikam suaminya hingga mati selepas lelaki berkenaan bertanya kepadanya tentang makan malam, lapor portal berita The Mainichi. Polis di Minato, Osaka menahan suspek yang dikenali sebagai Pamera Okada berhubung pembunuhan itu, baru-baru ini. Suaminya yang dikenali sebagai Masaru, 76, meninggal dunia di sebuah hospital berdekatan. Suspek mengaku menikam suaminya dan dipetik sebagai memberitahu polis: “Saya marah apabila dia bertanya sama ada makan malam sudah siap.” Pertanyaan itu menyebabkan dia menikam mangsa. Wanita itu dikatakan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau dapur di rumah mereka kira-kira pukul 10.15 malam (waktu tempatan). – AGENSI Sumber : Kosmo |
Triple_8 replied at 22-5-2024 12:02 AM
I smell a comodo - acik porem.
lightheaded67 replied at 22-5-2024 03:58 PM
pukul 10 malam tak makan lagi, agaknya acik tu pon lapo, laki plak bnyk tanya. mndapat... konyah la ...
Tinot7 replied at 22-5-2024 05:29 PM
Iols pernah baca dolu2, minah jepon lepaih kawen, dok umah jadi hoswaifu.. pastu segala mak nenek pr ...
ADVERTISEMENT