SINGAPURA – Sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia selepas sebuah penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari London menuju ke Singapura mengalami pergolakan udara yang teruk semalam. SIA membuat pengumuman kejadian itu hari ini, demikian menurut akhbar South China Morning Post. Sebilangan akhbar Thailand melaporkan bahawa dua penumpang penerbangan berkenaan meninggal dunia. Akhbar sama sedang mengesahkan kesahihan maklumat tersebut. Pesawat tersebut dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok dan mendarat sekitar pukul 3.45 petang (waktu tempatan hari ini). “Kami dapat mengesahkan terdapat sebilangan kecederaan dan satu kematian berlaku di dalam pesawat Boeing 777-300ER tersebut. “Pesawat itu membawa seramai 211 penumpang dan 18 kru,” kata SIA dalam satu kenyataan di laman Facebook. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow London pukul 10.38 malam (waktu Britain) semalam.
Menurut beberapa laporan, seramai 30 orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. – AGENSI |
green~tea replied at 21-5-2024 11:33 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
eyansss replied at 22-5-2024 03:42 PM
sebab tu jangan tanggal belt walaupun lampu dah dipadamkan... to reduce the injury risk...
monsterwife replied at 22-5-2024 06:17 PM
Malaysian bagus terima berita ni doakan yg baik2
Kalu umah Singapork dah kutuk2 malaysia termasuk si ...
AbukRokok replied at 22-5-2024 06:31 PM
patutnya kne balas balik...hari tu jet f16 terhempas
monsterwife replied at 22-5-2024 06:16 PM
I memang mcm tu
Bukak hanya time pg toliet then psg blk
ADVERTISEMENT