Program Hero Teladan oleh Youtuber Isa Isarb dihentikan serta merta selepas menerima teguran kerana menempatkan peserta berlainan jantina dalam satu rumah. Semasa berita itu disampaikan kepada peserta, mereka dilihat bersedih sehingga ada yang menangis. Memetik laporan mStar, salah seorang peserta dikenali sebagai Coki meluahkan rasa kecewa program dihentikan kerana program itu bersisa tiga minggu je lagi. Dia merasakan masa yang dihabiskan selama lebih sebulan untuk program itu selama ini adalah sia-sia. "Bagi saya memang membuang masa sebab kami semua dah berjuang duduk dalam rumah hero teladan itu tanpa gajet atau apa-apa alat telekomunikasi dari minggu pertama."
Kata Coki, tindakan tinggal serumah di antara peserta lelaki dan perempuan diakui salah tetapi program Hero Teladan satu program yang profesional. "Tempat tidur lelaki dan perempuan diletakkan dinding penghalang. Jadi kami di bahagian lelaki memang tak boleh nampak keadaan tempat tidur peserta perempuan." Malah, para peserta sentiasa diperhatikan selama 24 jam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di seluruh rumah itu. "Program ini ada 3 shift jadi tak akan ada satu minit pun yang mereka akan terlepas pandang. Dari segi privasi dan keselamatan peserta perempuan memang terjaga." Tambah Coki, para peserta tahu menjaga batas pergaulan mereka dan mustahil berlaku perkara yang tidak diingini. Kredit: mStar/OhMedia |
kerunai replied at 21-5-2024 07:11 PM
lapar content murahan
mr beast income ratus2 juta sebulan pun takdak nk buat idea murah camni
honeybee1802 replied at 21-5-2024 05:51 PM
Harap jabatan/majlis agama negeri2 hapdate skit ruang lingkup penguatkuasaan tu...kalo dah ada bukti ...
kerunai replied at 21-5-2024 07:11 PM
lapar content murahan
mr beast income ratus2 juta sebulan pun takdak nk buat idea murah camni