Pelakon Azhar Sulaiman semalam tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjurannya mengecam rakan-rakan artis yang menyokong Hamas dan mengecam kumpulan pejuang Palestin itu. Permohonan maaf yang turut disertakan dengan ‘persoalan’ mengenai strategi Hamas menyerang rejim Zionis sekitar hujung tahun lalu itu dimuat naik pelakon itu di media sosial miliknya. "I know, I know, abang Har punya bontot tengah panas sekarang ni. Saya di sini nak menjawab dan memohon maaf jika kenyataan saya itu telah memberi rasa kurang senang kepada anda." "Saya tiada niat untuk mengecam dan saya menyokong solidariti untuk Palestin." Dia kemudian mengakui tidak memahami isu sebenar yang berlaku di Palestin dan mempersoalkan strategi Hamas menyerang rejim Zionis dengan beribu bedilan roket thaun lalu.
"Yang menjadi persoalan saya, setiap tahun akan ada peperangan, tapi kali ini paling besar dan berani kacau Israel dengan 5000 bedilan roket." "And then, terlintas di hati saya, dah serang mereka dan apa seterusnya? Israel telah melancarkan perang dengan segala kekuatan mereka. Seolah-olah Hamas memberi ‘lesen’ untuk masuk ke Gaza dengan tindakan awal mereka itu." Berikutan itu, Azhar mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Hamas di mana dia merujuk kepada rakyat-rakyat Palestin yang terpaksa menghadapi tekanan daripada rejim Zionis.
|
kakasotong2 replied at 21-5-2024 04:57 PM
Meols tepek semula komen meols dekat thread Azhar lagi satu pasal meols geram dengan dia ni sebab pe ...
alesandra replied at 21-5-2024 05:30 PM
Ini 101 psl hamas.hamas adala parti politik.diorg bukan based dari military group.seperti parti pol ...
ADVERTISEMENT