CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Bainun tarik balik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun

21-5-2024 06:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7147| Komen: 12

Description: PUTRAJAYA – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik balik rayuan terhadap penangguhan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella di Mahkamah Rayua ...

PUTRAJAYA – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik balik rayuan terhadap penangguhan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella di Mahkamah Rayuan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fatin Syaza Irdina Muhamad Eddin Syazri yang mewakili Siti Bainun, 32, selaku perayu pada pendengaran rayuan itu di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Semasa prosiding, peguam itu berkata, penarikan rayuan tersebut dibuat atas arahan anak guamnya.

“Hari ini ditetapkan untuk pendengaran rayuan, namun pihak kami mendapat arahan daripada anak guam untuk menarik balik rayuan ini.

“Pihak kami mendapat arahan untuk memfailkan satu permohonan (baharu) penangguhan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datin Asmah Musa dan Azizah Mohamad tidak membantah. Hakim Ahmad Zaidi kemudian membatalkan rayuan tersebut.


“Rayuan dibatalkan,” kata Ahmad Zaidi.

Dua lagi hakim yang turut bersidang hari ini ialah Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Pada 23 Mei tahun lalu, Siti Bainun gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Ahmad Bache ketika itu memutuskan demikian selepas menolak permohonan Siti Bainun setelah meneliti hujahan dan afidavit yang dikemukakan kedua-dua belah pihak.

Pada 2 Mei lalu, Siti Bainun kekal atas sabitan dan hukuman penjara 12 tahun itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin yang mendengar rayuan berhubung sabitan yang diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum itu.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa cedera fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Februari hingga Jun 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dipenjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 21-5-2024 01:15 AM
Tak tentu arah hidup kau kan, Free Willy??
Jailed salah, x jailed salah. Xkeruan kan idop ko?
Yaaaa.. Inilah dinamakan ketulahan, ya kawan2.
Free Willy ketulahan, kena menguruskan badan dlm jail for 12 years
Quote dua_chzy 21-5-2024 07:12 AM
Uiiii Siti Benon dah nampak lawooo ngkauuuu
Quote shernazz 21-5-2024 07:25 AM
Mesti tiap Kali trial kena beli baju Baru kan...
Order je baju kurung hasnuri
Dah Ada dah saiz Kau tu benon
Quote s@s@ 21-5-2024 08:53 AM
dah lagi kecik dari akak polis
Quote anony-mous 21-5-2024 09:00 AM
Aik dah gemok smula?
Quote supernaturalee 21-5-2024 10:04 AM
12 years a slave
Quote lipans 21-5-2024 11:00 AM
takut kena tambah tahun le tu.
Quote fairiza 21-5-2024 11:58 AM
Ada hikmahnya. Nampak kurus sikit. Ke sblm ni lagi kurus.
Quote meah_kelabu 21-5-2024 01:01 PM
dh mcm same plak dia dgn polis tu
ke tukar identiti tu?
Quote KamikuP 21-5-2024 02:56 PM
Maksudnya apa ye dia tarik balik rayuan tu? Apa kesannya cuolls?
Quote bonggo 21-5-2024 03:05 PM
Makin kurus bainon
Quote kaoru44 21-5-2024 06:52 PM
i rasa dia cntik kalau kurus..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064554 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top